Home Concert ‘Reunion’ 2NE1 Jadi Kenyataan Kerana CL, Banyak Pihak Terpaksa Kunci Mulut

‘Reunion’ 2NE1 Jadi Kenyataan Kerana CL, Banyak Pihak Terpaksa Kunci Mulut

0

Siapa yang masih tak habis terperanjat lagi dengan pentas istimewa 2NE1 di Coachella di California pada pagi tadi?

Tanpa sebarang berita, kumpulan kegemaran ramai itu membuat kejutan apabila mereka membuat persembahan lagu ‘I Am The Best’ di pentas antarabangsa itu.

Malah Sandara Park, Minzy, CL dan Park Bom kelihatan bertenaga dan semangat selepas sekian lama tidak tidak membuat persembahan bersama.

FQh39T3WYAAP5fR

Bukan sahaja ahli 2NE1 merahsiakan hal tersebut, malah pihak Coachella serta agensi 88 Rising turut sama-sama merancang kejutan hebat ini. Meskipun hanya mengumumkan CL bakal menghiasi pentas itu, peminat disapa keterujaan dengan kemunculan kesemua ahli lain.

Apabila CL dijemput ke Coachella, kami menyediakan acara istimewa untuk para peminat yang mahu menyaksikan pentas 2NE1. CL juga mahu bersama-sama ahlinya untuk membuat persembahan. Jadi, cadangan untuk pentas Coachella dibuat.

Selepas 6 tahun dibubarkan, 2NE1 buat pertama kali berdiri semula di pentas ini. Merupakan kumpulan wanita kesayangan ramai dahulu kerana konsep yang memukau seperti lagu “Fire”, “I Don’t Care”, “Follow Me”, ” Clap”, “Hurt”, “Lonely”, “Come Back Home” dan banyak lagi.

Tambahan pula, rata-rata BLACKJACK (nama peminat 2NE1) masih ralat selepas mendapat tahu bahawa 2NE1 dibubarkan atas keputusan agensi sahaja tanpa perbincangan bersama kesemua ahli.

Ianya dikongsi sendiri oleh CL dan Minzy dalam sebuah temubual tak lama dahulu. Disebabkan itu, persembahan ini merupakan hadiah yang paling manis buat mereka.

Artikel Berkaitan: Selepas 6 Tahun, 2NE1 Pilih Untuk Bersatu Semula Di Pentas Coachella, Ini Reaksi Netizen

Artikel Berkaitan: CL Rindu 2NE1, Kongsi Perbezaan Menjadi Artis Solo Dan Menjadi Sebahagian Daripada Anggota 2NE1

Sumber: [1]