Home News Restoran Tawar Gaji Sebanyak RM17,000 Sebagai Penebar Roti Canai

Restoran Tawar Gaji Sebanyak RM17,000 Sebagai Penebar Roti Canai

0

Sebuah restoran yang menawarkan menu masakan Malaysia di Australia, RotiBar dilapor sedang mencari penebar roti canai dan menawarkan gaji yang lumayan, lapor Mothership SG.

Dalam iklan yang dipaparkan di portal Seek, RotiBar yang beroperasi di Melbourne mengatakan mereka menawarkan peluang pekerjaan tersebut seiring dengan perniagaan mereka yang semakin berkembang.

Walaubagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan adalah tangga gaji yang ditawarkan bagi jawatan tersebut. Berdasarkan deskripsi yang dinyatakan di portal Seek, gaji tahunan yang ditawarkan adalah diantara AUD 60,000-64,999 (RM188,066-RM203,735). Ini bermakna gaji bulanan yang ditawarkan adalah diantara RM15,672-RM16,977.

Baca lagi: Cleaner Jumpa Duit Sebanyak RM10.4 Juta Di Airport, Sekali Tindakannya Buat Ramai Yang Tak Sangka

Baca lagi: 9 Kesan Buruk Pengambilan Ganja Yang Anda Tidak Tahu

Screenshot 2023 08 24 114326

Lihat juga video dibawah:

Selain itu, RotiBar turut menetapkan beberapa syarat bagi mereka yang berminat untuk memohon, antaranya mempunyai pengalaman sebagai penebar roti canai dengan diwajibkan mempunyai pengetahuan asas dalam rutin berkenaan. Mereka bagaimanapun akan membekalkan latihan bagi memastikan chef yang dilantik itu menepati standard restoran yang ditetapkan.

Mereka yang berminat juga perlu bersedia untuk bekerja dibawah tekanan, bertanggungjawab dan boleh menerima arahan serta perlu memiliki permit sah untuk bekerja di Australia.

Rata-rata netizen juga tidak sangka gaji yang ditawarkan oleh pihak RotiBar, lebih daripada cukup jika dibandingkan dengan negara Malaysia. Ada juga yang mengatakan nilai wang di sana sememangnya tinggi dan sepatutnya gaji yang ditawar sebegitu.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang