Home New Post Rancak Menari di All Stars Gegar Vaganza, sekali Seluar Aisyah Koyak di...

Rancak Menari di All Stars Gegar Vaganza, sekali Seluar Aisyah Koyak di Celah Kelengkang Raih Tumpuan Ramai

0

Salah seorang peserta All Stars Gegar Vaganza, Datuk Aishah berdepan detik cemas apabila seluar yang dipakai ketika melakukan persembahan di pentas minggu kedua All Stars Gear Vaganza pada malam Ahad terkoyak.

Baca lagi: Anak Bergayut Pada Side Mirror Hingga Patah, Sekali Reaksi Kanak-Kanak Ini Cuba Menyantumkan Semula Jadi Perhatian Ramai

Baca lagi: PMX Malukan Negara! Kena Perli Dengan Wartawan Luar Negara Punca ‘Kuat Spin’

Aishah Gegar Vaganza

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 58, berkata, ia merupakan peristiwa lebih malang apabila seluarnya itu terkoyak di bahagian celah kelengkang beberapa minit sebelum gilirannya mengadakan persembahan.

“Baju untuk persembahan in bukan semua yang selesa, dah pakai cantik-cantik, tak boleh lasak-lasak. Malam tadi kru dah panggil suruh bersedia, sekali saya perasan seluar koyak betul-betul di celah kelengkang…” – Katanya

Datin Aishah telah berkongsi mengenai perkara it menerusi Instagram miliknya pada pagi Isnin yang turut memaparkan pakaian yang dikenakan pada malam tersebut.

Aishah Gegar Vaganza 1

Disebabkan kejadian itu, Aishah memaklumkan penata gayanya terpaksa menjahit bahagian yang terkoyak dalam masa beberapa minit sebelum gilirannya mengadakan persembahan. Namun kata Aishah, semua dalam keadaan terkawal dan bersyukur mempunyai pasukan yang sentiasa bersedia bagi memastikan penampilannya dalam keadaan baik.

“Bahan baju saya itu lace, memang halus… Ambik kau terpaksa jahit celah kelengkang saya itu sambil berdiri. Tapi awak kena terima sahaja benda-benda macam ini akan berlaku dan cuba jangan panik. Alhamdulillah selesai sahaja menjahit, terus ke belakang pentas untuk bersedia…” – Katanya lagi

Menjegah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan pendedahan tersebut. Malah mereka juga memuji persembahan penyanyi berkenaan yang dikatakan begitu
menghiburkan.

Pada minggu kedua Rancangan Televisyen All Stars Gegar Vaganza, Aishah tampil menyanyikan lagu Flashdance, What A Feeling oleh Irene Cara.

Lihat Posting di bawah:

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.