Home Video Rambut Anak Tersekat Di Sikat Sampai Terpaksa Jumpa Bomba, Ibu Ini Jadi...

Rambut Anak Tersekat Di Sikat Sampai Terpaksa Jumpa Bomba, Ibu Ini Jadi Fobia Dgn Kejadian Itu

0

Sekarang ini dilihat jika berlaku masalah, pastinya abang bomba yang akan dicari termasuklah masalah remeh-temeh yang tidak dapat diselesaikan sendiri.

Seperti apa yang tular baru-baru ini di mana situasi memperlihatkan anggota bomba yang sedang berusaha mencabut sikat yang terlekat pada rambut seorang budak perempuan ini. Difahamkan ibunya itu tidak sengaja membuat sikat itu tersangkut kerana puncanya dia meninggalkan anaknya itu sekejap sementara mencari minyak rambut. Cerita penuh boleh dibaca di bawah.

Entah siapalah yang salah…
Tak pernah umur masuk Balai Bomba mintak bantuan abang bomba, alahai anakku

Boleh teka tak salah siapa..
Mommy ke Medina?

Al-kisah, main salon salon dengan mommy,
dia baru lepas mandi, rambut basah, kitorang nak keluar lepas tu. Jadinya mommy pun aa jomla main salon salon. Mommy pun amik la hair dryer and ready la nak main.

Mommy sikat rambut dia baru halfway je— rambutnya curl jadi kusut la kan. Mommy pun cakap la “Medina tunggu jap ea mommy nak amik hair oil dalam bilik”

Mommy pun masuk bilik nak amik hair oil, sekali bila keluar mommy tengok dia tengah berusaha nak sikat sambil gulung rambutnya.

Makanyaaaa terjadilah kejadian….
Mommy panic gila sampai rasa nak nangis,
sebab risau rambut dia kena gunting.
SEBAB BANYAK OI YANG TERGULUNG TU SAMPAI KE KULIT KEPALA!

Dekat sejam mommy try rungkai rambut dia tu,
siap gunting sikatnya tapi tak berjaya.

Dah fikir, kalau g salon ni confirm salon
gunting rambut dia ni.
Huaa mommy sayang rambut curl dia
Sebab yang tergulung tu banyak gila, kalau nak potong rambutnya memang jadi botak sebahagian

Nak mintak tolong suami, suami kerja, tengah meeting pulak.

Fikir punya fikir, macam nak mintak bantuan bomba.
Maybe diorang boleh tolong potongkan lagi sikat tu.
Sebab sikat tu keras gila. Luka luka tangan mommy jadi nya

Tapi macam malu…
Tapi.. nak malu mintak bantuan bomba ke….
Atau rambut Medina kena gunting.

Haa sudahnya tak sampai 15 min settle bomba selesaikan.
Tamba gunting pun sikat tu, tanpa pakai apa apa pun.

Aaaa lega!
Mommy fobiaaaa oiiiii.
Tebal muka mommy datang Balai Bomba sebab rambut tersekat kat sikat

bomba1

Baca juga : Tersangkut Di Pokok Kelapa, Detik2 Kucing Ini Diselamatkan Oleh Bomba Raih Perhatian

Baca juga : “Rambut Boleh Terima Lagi”-Jumpa Rambut Dalam Makanan, Situasi Ini Raih Perhatian Ramai

Lihat klip video di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga komen netizen :

@huda : aku la kan……… dia ingat bomba takde keje lain ke

@Marina Supar Marina : nie sikat ok lg …laki aku balik keja cita org call ckp kunci jatuh longkang suruh bomba dtg ambik

@dream@honey : ank sy pon sllu mcm ni,ltk mnyk je,tlg jgn bebankn dorg dgn bnda remeh

@fatimahmeera : dlu adik lekat cinggam kt rambut, abis mk amik gunting trus,xlama dh tumbuh baru,sblom tu dpt penampor seliang

@user1196599388938 : sye ni pikir negative mungkin mak die sje nk jumpa bomba nk try

@Amylya And Gondut : Aku dulu mak gunting je trus rambut ni.Ni pulak sampai panggil abg bomba. amende

@Duff : Ya allah aku nak komen… Tp risau kene soal di akhirat nanti…

@Ruzieyahya : anak acik penah sngkut tayar trak mainan smpai habis begulung semua rambut..capai gunting terus kontot..xpikir laknk ke bomba

PERHATIAN: Pihak Daebaking.Co tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking.Co juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber : Tiktok dan Instagram