Home News Rakaman Kereta Mengundur Rempuh Kedai Makan Raih Perhatian

Rakaman Kereta Mengundur Rempuh Kedai Makan Raih Perhatian

0

Banyak kejadian di mana pemandu tersalah menekan brek tetapi tertekan minyak sehingga menimbulkan kemalangan yang tidak disangka.

Menerusi rakaman cctv sebuah kedai makan yang tular di tiktok @parkland91, dapat dilihat sebuah kereta jenis mpv yang mengundurkan keretanya sehingga merempuh pelanggan yang sedang makan di kedai tersebut. Kedai makan tersebut merupakan medan selera Tg.Kling yang terletak di Melaka. Difahamkan semuanya selamat cuma terdapat beberapa orang yang cedera ringan. Di ruangan komen ramai yang risau dengan keadaan mangsa dan mereka turut risau untuk makan di kedai seperti itu.

“ya allah naya kat org. risaunye kdg kalau makan tepi2 jalan ni kan. boleh berlaku mcm2 yg xdiduga. semoga semua baik2 je. aamiin”

Baca juga : Risiko Berniaga Tepi Jalan, Gerai Nasi Lemak Dirempuh Kereta

Baca juga : Aliff Syukri Nyaris Cedera, Kereta Mewah Dirempuh Dari Belakang

Lihat klip rakaman cctv di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga komen netizen :

@Vivi Azlina : Ayah dia tengah dukung baby tu kan allahhuakbar semoga takde yg cedera

@navin : Majlis bandaran tutupkan lot parking depan Medan selera makan

@Sky Pink787 : allahuakhbar…laluan ke sekolah anak2 sy..semoga dipermudahkan urusan yg terlibat

@IR_BOS : geramnya rasa wpun x sengaja. geram sbb x mahir tapi mcmna blh bwk keta

@sazura2010 : diia hentam betul2 tempat ramai org..adoiii sian sekeluarga tu

@HelmiJolai84 : keto auto tu bahyo eh..reverst terus tekan minyak kaki krem ke.tu tertekan

@zaraki_kenpachi147 : dia reverse tu tersangkut kete putih sebelah.. mybe terkejut or mnggelabah tkan minyak sampai langgar org tgah makan..

@Marshila : ya Allah …tgok keadaan kak baju biru tu..cari anknya ..kita pulak dpt selami…dengan muzik yg ala2

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber : Tiktok dan Instagram