Home Kdrama/Kmovie Queen of Tears: Berjayakah Kim Soo Hyun Meyakinkan Kim Ji Won Menjalani...

Queen of Tears: Berjayakah Kim Soo Hyun Meyakinkan Kim Ji Won Menjalani Pembedahan?

0

Dalam ending episod 13 “Queen Of Tears” yang disiarkan pada 20 April 2024, dapat kita lihat Kim Soo Hyun cuba bermati-matian meyakinkan Kim Ji Won untuk menjalani pembedahan tumor otak.

Adakah usahanya untuk meyakinkan pujaaan hatinya itu akan berjaya dalam episod 14 pada tayangan episod 21 April ini nanti?

Ditulis oleh pengarang Crash Landing on You, My Love From the Star, dan Producer, Park Ji Eun, Queen of Tears mengisahkan kisah cinta ajaib, mendebarkan dan adegan lucu pasangan suami isteri yang berjaya mengharungi krisis dan kekal bersama menentang semua kemungkinan.

Sebelum ini dalam Queen of Tears Episod 13, Baek Hyun Woo (Kim Soo Hyun) mengetahui fakta yang menyedihkan bahawa jika Hong Hae In (Kim Ji Won) menjalani pembedahan untuk keadaannya, dia akan kehilangan semua ingatannya.

IMG 3173

Baek Hyun Woo sudah mengesyaki bahawa Hong Hae In akan enggan menjalani pembedahan jika dia tahu tentang kesan sampingan ini, dia menunggu sehingga mereka berlepas ke Jerman untuk mendedahkan kebenaran.

Dalam gambar pegun Queen of Tears Episod 14 yang baru dikeluarkan, pasangan itu terus bertengkar tentang pembedahan yang boleh menyelamatkan nyawa Hong Hae In. Kerana dia faham dari mana asal Hong Hae In, Baek Hyun Woo tidak boleh memaksanya menjalani pembedahan.

Queen of tears

Dia masih merayu Hong Hae In untuk membuat pilihan yang boleh memberinya peluang untuk hidup. Tersiksa memikirkan kematiannya, Baek Hyun Woo terdesaka mahu Hong Hae In menjalani pembedahan sehingga dia berdoa di sebuah gereja yang kosong.

Sementara itu, mata Hong Hae In penuh dengan emosi sambil memandang suaminya, menunjukkan bahawa dia sedang dalam proses untuk dipengaruhi oleh rayuannya.

IMG 3170

Dibabak lain, Yoon Eung Sung ( Park Sung Hoon ) turut berlepas ke Jerman, penonton tertanya-tanya apakah rancangan yang akan dilakukannya setelah dia juga mengetahui kebenaran tentang proses pembedahan dan kesan sampingan yang bakal dihadapi Hong Hae In.

Untuk mengetahui keputusan yang akan dibuat Hong Hae In dan niat Yoon Eung Sung datang ke Jerman, jangan lupa tonton drama Queen of Tears Episod 14 pada 21 April 2024 jam 21.20 waktu Korea. Siri ini boleh ditonton di platform Netflix.

Baca lagi: Queen of Tears Makin Hampir ke Penamat, 4 Persoalan Belum Terjawab
Baca juga: Episod 11-12 Queen of Tears Beri Banyak Kejutan, Bikin Semakin Tidak Keruan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here