Home Video Puteri Sarah Menangis Di Atas Pentas, Sekali Reaksi Mak Mentua Pula Buat...

Puteri Sarah Menangis Di Atas Pentas, Sekali Reaksi Mak Mentua Pula Buat Ramai Yang Sebak

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok nona.my, dan telah ditular.

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya awalnya sebagai pelakon iklan serta dikenali dengan peranan lakonan di televisyen dan filem. Puteri Sarah dilahirkan pada 1 Disember tahun 1985, berasal dari London, England.

Screenshot 2023 05 31 104344

Namanya kini menjadi sebutan para netizen di mana komplikasi hubungannya bersama suami iaitu Syamsul Yusof yang sering berulang-alik ke Mahkamah untuk menyelesaikan isunya. Di mana Syamsul Yusof telah berkahwin sekali lagi dan menjadikan Ira Kazar sebagai isteri keduanya.

Dalam video klip ini menunjukkan Puteri Sarah menahan sebak apabila berkongsi cerita mengenai mak dan ayah mentuanya ketika ditemuramah di sebuah majlis iaitu ‘Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023’ di PWTC. Puteri Sarah mengatakan mereka dan anak-anaknya adalah kekuatan bagi beliau, sambil menahan sebak ketika itu. Namun reaksi mak mentua Puteri Sarah pula buat ramai yang sebak.

“Kalau tak ada family, mungkin Sarah tak akan sampai ke sini. Mereka adalah kekuatan saya dan juga anak-anak”
-kata Puteri Sarah

Lihat klip durasi pendek reaksi mak mentua Puteri Sarah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa jug kata orang ramai:

@Nur Shima: smpai tresak² sarah betapa peritnya dia lalui penderitaan tp datin dan datuk sentiasa ada dibelakang sarah

@Airis Ryanna: saye selalu doa sarah bahagia…sapu air mata sarah.. jgn bia luka trus mbyangi tuk khdupan strusye…

@jiema_solek: sebak tu dah mnunjukkn betapa kuatnya dia..sbb sebak tu buat dia bangkit..

@SofiaSabella2021: dgn kite skli nangis tgk..yg melalui je tahu betapa perit nya ditanggung

@inamikailmiqaila: sakit yg dia pendam pertahankan menunjukkan dia dh betul2 tersakiti…moga Allah hadirkan sinar kebahagiaan bersama keluarga dan anak-anak

@rahaizaabdrahaman: sebaknyer dgn kita sekali menagis…semoga Allah gantikan dgn lebih baik insyaallah

@NorshafikaRahmat: tabah dia ,kekuatan dia, sokongn doa ibu bapa dan mertua dia akn mncapai kejayaan yg bsr nnt. prous of u sarah

@geejabazin: ya allah syg betul ayah dg mak sol kt sarah…syg lbeh dr ank sendiri ssh nk cr yg mcm ni .mesti bahgiakan disygi oleh mertua.

@DD: puteri sara d uji begitu c suami.. tapi Allah masih memberi rezeki yg begitu harga ada mentua yg sangat baik dan selalu sapot dirinya…

@Hslza_: kalau saya jdi dia pun akan jdi sebak , moga dprmudhkn segala ursn Ps dan ank² .

@@Liza81: biarpun dh bepuluh tahun dlm hati tetap menagis

@aDa: aku x nak jadi mcm sarah….sbb tahu memang x blh kuat mcm dia…tp aku harap aku leh jadi mcm mertua dia…baik

Netizen turut memberi komen mengenai reaksi mak mentua Puteri Sarah, mengatakan berasa sebak apabila melihat reaksi mak mentuanya peluk Puteri Sarah. Ada juga yang mengatakan beliau sememangnya beruntung mendapat mak mentua sepertinya. Netizen juga mendoakan semoga beliau dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 191.4K penonton, 14.3K sukaan dan 557 komen.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram