Home Fashion “Privasi Artis Kami”- Agensi Nana Beri Respon Terhadap Isu Tatu

“Privasi Artis Kami”- Agensi Nana Beri Respon Terhadap Isu Tatu

0

Nana telah mengejutkan peminat selepas muncul dengan tatu yang hampir memenuhi badan nya dan netizen mempersoalkan mengenai tatu tersebut. Rata-rata netizen terkejut dengan perubahan terkini artis cantik jelita itu. Kebanyakkannya keliru sama ada tatu itu adalah asli ataupun tatu yang dipakai bagi menjayakan watak dalam drama atau filem lakonan nya.

unnamed 11

Pada 21 September yang lalu, agensi Nana telah memberi respon mengenai isu tersebut, “Tolong faham bahawa perkara itu sukar dijelaskan kerana ia melibatkan kehidupan peribadi artis di bawah jagaan kami.” Dan sekaligus memberi bayangan bahawa mungkin itu adalah tatu sebenar milik Nana.

Dalam pada itu, filem terbaru lakonan Nana, ‘Confession’ bakal menemui peminat di pawagam pada 26 Oktober. Turut berlakon bersama ialah So Ji Sub, Kim Yoon Jin dan ramai lagi.

Nana sebelum ini pernah dinobatkan antara wanita tercantik di dunia kerana memiliki rupa paras yang menawan dan unik. Beliau mengungguli carta warta tercantik di dunia di kedudukan pertama selama 2 tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2015 & 2016.

9ab608386487cf83bc048ee8d5b6fab3

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: Peminat Terkejut Lihat Wajah Kang Min Kyung Selepas Pembedahan Plastik, Nampak Tua!