Home News Petani Jumpa Berlian Di Kawasan Rumah, Sekali Nilainya Pula Buat Ramai Yang...

Petani Jumpa Berlian Di Kawasan Rumah, Sekali Nilainya Pula Buat Ramai Yang Tak Sangka

0

Petani yang dikenali sebagai Lakhan Yadav, temui berlian 14.98 karat ketika menggali tanah di tapak yang disewanya bulan lalu di Madhya Pradesh. Batu berlian yang ditemuinya itu adalah bernilai lebih kurang RM327,000.

Yadav pada awalnya menyangka batu tersebut sebagai batu terikil, tetapi setelah menggosok kotoran pada batu itu dia melihat batuan itu bersinar dan berbeza dari batu yang lain. Dia segera membawa batu itu ke pakar berlian di daerah tersebut dan pakar berkenaan mengesahkan batu tersebut adalah berlian yang bernilai lebih dari RM327,000.

 

Screenshot 2023 05 24 200700

Petani itu kemudian menjual berlian tersebut. Yadav juga mengatakan dia akan menyimpan sebahagian wang itu untuk kegunaan pendidikan anaknya yang lebih utama berbanding kehendak yang lain.

Dia juga telah membeli sebuah motosikal dengan tanah seluas dua hektar serta dua ekor kerbau dengan wang yang diterima sebagai ganti rugi kerana pihak Taman Negara Panna telah mengambil tanah tempat tinggal keluarganya untuk dijadikan sebagai tempat perlindungan spesis harimau.

Screenshot 2023 05 24 202018

“Saya membeli sebuah motosikal kerana dinasihatkan oleh anak saudara saya, tetapi saya cukup sekadar menunggang basikal”

Yadav juga mengatakan dia tidak akan berhenti dan akan terus mencari berlian dan berharap akan menemui batuan itu lagi di tanah yang akan diusahakan beberapa bulan lagi.

Inilah orang kata ‘rezeki terpijak’, walaupun kehidupan Yadav sederhana dan mendapat rezeki sebegini beliau tidak lupa kepada kesenangan anaknya untuk bersekolah. Tindakan Yadav juga perlu dicontohi, di mana sikapnya memikirkan keperluan dan kesenangan anaknya serta menyimpan separuh dari wang tersebut untuk pada masa akan datang jika memerlukan.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Nang