Home Drama/Filem Jepun Pertarungan Berdarah di Era Meiji, Teaser Last Samurai Standing Akhirnya Dilepaskan

Pertarungan Berdarah di Era Meiji, Teaser Last Samurai Standing Akhirnya Dilepaskan

0

Teaser perdana drama bersiri zaman samurai berjudul Last Samurai Standing akhirnya dilancarkan. Siri yang mempunyai enam episod ini bakal ditayangkan secara eksklusif di Netflix pada 13 November 2025.

Berlatar pada penghujung abad ke-19, tepatnya era Meiji, kisah Last Samurai Standing mengikuti 292 orang samurai, termasuk Shujiro Saga (Junichi Okada), yang berhimpun di Kuil Tenryuji, Kyoto, pada waktu malam setelah terpikat dengan janji hadiah wang tunai bernilai besar.

Setiap peserta diberikan label kayu sebagai tanda pengenalan, lalu terjebak dalam permainan maut. Mereka perlu merampas label milik peserta lain dan mara ke Tokyo untuk merangkul hadiah yang dijanjikan.

Di bawah langit malam yang kelam, halaman kuil dipenuhi suasana menegangkan bersama aura para pejuang haus darah. Sebaik sahaja isyarat permainan dimulakan, pertarungan sengit pun tercetus, hanya yang terkuat mampu bertahan hidup.

🎥 Teaser rasmi “The Last Samurai Standing” boleh ditonton di sini: Klik untuk menonton

Adaptasi dari Manga Popular

Last Samurai Standing

Last Samurai Standing diadaptasi daripada manga karya Shogo Imamura, berdasarkan novel asal bertajuk Ikusagami, dengan ilustrasi oleh Katsumi Tatsuzawa.

Manga ini mula diterbitkan dalam majalah seinen Morning milik Kodansha pada 8 Disember 2022. Kodansha kemudian melancarkannya dalam format tankobon, dengan jilid pertama diterbitkan pada 21 April 2023. Sehingga 22 Mei 2024, sebanyak empat jilid telah dikeluarkan.

Junichi Okada tampil sebagai teraju utama, di samping turut berperanan sebagai penerbit bersama eksekutif dan pengarah koreografi aksi.

Barisan Pembikin dan Pelakon

ef20fd31 7505 49a5 b810 d9041b5b9f81

“The Last Samurai Standing” diarahkan oleh tiga pengarah, Michihito Fujii, Kento Yamaguchi, dan Toru Yamamoto, dengan Kosuke Oshida sebagai penerbit serta Shinichi Takahashi sebagai penerbit eksekutif. Projek besar ini diterbitkan oleh Office Shirous.

Junichi Okada mendedahkan,

“Ketika Tuan Takahashi (Penerbit Eksekutif Netflix) menghubungi saya, saya masih terlibat dalam drama sejarah. Saya sudah memikirkan cara untuk menjadikan genre ini berjaya bukan sahaja di Jepun, malah di seluruh dunia. Novel Imamura menawarkan potensi aksi, drama, komentar sosial, serta hiburan yang relevan dengan penonton moden, dan saya yakin ia boleh dikembangkan lebih jauh. Dari situlah saya tertarik untuk mengadaptasinya.”

Selain Okada sebagai Shujiro Saga, drama ini turut menampilkan:

33cf2021 9a5a 4d22 9e80 2e230a8fb89f

Riho Yoshioka sebagai Shino (isteri Saga)
Yumia Fujisaki sebagai Futaba Katsuki
Kaya Kiyohara sebagai Iroha Kinugasa
Taichi Saotome sebagai Shikura Adashino
Yuya Endo sebagai Sansuke Gion
Masahiro Higashide sebagai Kyojin Tsuge
Shota Sometani sebagai Kocha Kamuy
Hiroshi Tamaki sebagai Ukyo Kikuomi
Takayuki Yamada sebagai Jinbe Ando
Kairi Jo sebagai Shinjiro Sayama
Wataru Ichinose sebagai Raizo Tachibana
Hideaki Ito sebagai Bukotsu Kanjiya
Yasushi Fuchikami sebagai Sakura
Kazunari Ninomiya sebagai Enju

Produksi Besar-besaran

62474c12 fe28 475f 9758 a9642bc054ec

Penggambaran Last Samurai Standing berlangsung dari awal Februari hingga pertengahan Mei 2024. Pasukan produksi menitikberatkan keaslian tema asal sambil mengangkat daya tarikan visual dan dramatiknya.

Hampir 300 pelakon terlibat, setiap seorang dengan kostum khas, menuntut kerjasama dan disiplin tinggi dari kru produksi.

Michihito Fujii berkata,

“Kami mencipta sebuah dunia yang unik dengan barisan pelakon ensemble. Kami rasa bertanggungjawab untuk menghadirkan sesuatu yang belum pernah ada. Saya amat teruja kerana diberi peluang mengangkat kisah luar biasa ini, dengan lakonan dan visual yang memukau, untuk dinikmati bukan sahaja di Jepun, tetapi di seluruh dunia.”

Baca lagi: Bon Appetit, Your Majesty, Dari Web Novel ke Webtoon hingga Drama Korea Lakonan Yoona dan Lee Chae Min
Baca juga: Drama Thriller Kriminal Cina, Kisah Penuh Rahsia, Dendam dan Cinta