Home New Post Pernah Diminta Buka Tudung Jika Nak Bekerja Di Korea, Influencer Ini Akhirnya...

Pernah Diminta Buka Tudung Jika Nak Bekerja Di Korea, Influencer Ini Akhirnya Berjaya Buka Restoran Sendiri Di Sana

0

Ramai yang mengimpikan untuk menjejakkan kaki di bumi Korea. Jika bukan untuk bercuti, ada yang sudah memasang angan-angan untuk melanjutkan pelajaran di sana dan sambil-sambil itu bolehlah buat kerja separuh masa di sana.
Suatu ketika dahulu pernah tular perkongsian TikTok Kim Seri Eina yang mana dia memberitahu bahawa tidak mudah untuk mendapatkan kerja di sana. Atas sebab menyambung pelajaran di Korea, dia berkongsikan kepada orang ramai pengalamannya beberapa kali diminta untuk membuka tudung jika mahu bekerja.Walaupun hanya sebagai pembantu untuk memotong bahan-bahan masakan seperti bawang, majikan di sana masih tidak menerima pekerja yang bertudung.

influencer influencer1

Namun, baru sahaja tular di tiktoknya di mana dia berkongsi video yang mana dia telah berjaya membuka sebuah restorannya sendiri di bandar Myeongdong dengan nama KIM SERI. perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan masing-masing berasa kagum dengan kejayaan yang telah dicapai oleh Kim Seri.

“Rancangan tuhan dan aturan nya sentiasa ada untuk yg percaya chayo2 kimseri u are the best bangga lah dari msia bole buka shop kat korea”

“DAEBAK!!! Kim Seri!!!! Ikot awak nye tiktok dr awal”

“terbaiklah kak. dari seorang guru di malaysia boleh buka bisnes di korea”

“Happy for you kak!tahniah2 if saya ke korea nanti,pasti singgah sini!”

“Wow dah ada restoran ..tahniah semoga reziki sis dsna lancar & dpermudahkan segala urusan”

“Allahuakbar… Tahniah syukur alhamdulillah hebat anak Malaysia. All the best “

“tahniah!!!. bangga tengok ank Malaysia ada bizz di negara luar. moga sukses selalu.”

Baca juga : Influencer Selamba Makan Kerepok Berperisa Babi Dalam Restoran Muslim, Sekali Ini Tindakan Pihak Restoran

Baca juga : ‘Influencer’ Dakwa Ditipu RM 180 Ribu Oleh ‘Wedding Planner’, Yg Juga Kawannya Sendiri

Lihat klip video di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga komen netizen :

@marlinamohdadnan : sy nak keje Sana.. sy pandai goreng telur dadar.

@Chieda Nurul : wahhh… kalo sy pg korea lg nnt wajib sggh restoren kimseri!

@saya.la.tu83 : Tahniah cikgu!!!!. wakilkan kami cikgu2 semalaysia!!!

@ZieSakura : Tahniah!!! Kalu sy mari korea sy gih singgoh kedai kak deh

@amieranadia : PERGH NI BUKAN SEKADAR SAMBUNG BELAJAR JE! NI DAH LEBIHHH!!!! TAHNIAHHHH KAK BANGGA DENGAN AKAK! FIGHTING!!

@Sy Iman : Tahniahh.. follow dari tt berlakon jd anak murid..sampai la ke korea.

@tiehalf :dah la cikgu , pastu pelajar .. pastu ada business perfume , pastu kedai makan ?!!

@Sukri Samawi : Cmne akk buat ni? Cuba buat video inspirasi zero to hero

PERHATIAN: Pihak Daebaking.Co tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking.Co juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber : Tiktok dan Instagram