Home K - Pop “Perlu Ke Bandingkan Dengan Taylor Swift?”- Perbezaan Di Antara BLACKPINK & Taylor...

“Perlu Ke Bandingkan Dengan Taylor Swift?”- Perbezaan Di Antara BLACKPINK & Taylor Swift Cetus Pertanyaan

0

Netizen meluahkan rasa kecewa selepas membuat perbandingan di antara Taylor Swift dan BLACKPINK, selepas mereka menyedari bahawa lagu BLACKPINK sepanjang tahun 2016-2022 selepas debut mereka hanyala bersamaan dengan lagu-lagu di dalam sebuah album Taylor Swift.

Netizen membincangkan tentang hal ini di sebuah forum komuniti, dengan tajuk, “Gambar yang boleh membuatkan anda semua tahu bahawa BLACKPINK tidak mempunyai banyak lagu, walaupun sudah bertahun-tahu mereka aktif.” Dalam gambar itu merupakan senarai lagu BLACKPINK dari tahun 2016 sehingga sekarang. Daripada ‘Boombayah’, ‘Whistle’, dan pelbagai lagi lagu kolabarasi dengan beberapa artis ternama dan album yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, ‘Born Pink’, BLACKPINK hanya mempunyai 32 buah lagu sahaja tidak termasuk lagu solo ahli kumpulan tersebut.

Pada masa yang sama, penyanyi dan penulis lirik terkenal, Taylor Swift dengan album Red (Versi Taylor), sebuah album yang dirakam semula dan dilancarkan pada tahun 2021 mempunyai 30 buah lagu! Fakta yang menunjukkan lagu nyanyian BLACKPINK dari tarikh 2016 sehingga 2022 sama dengan sebuah sahaja album milik Taylor Swift. Netizen turut mempertikaikan kelemahan YG Entertainment dalam menguruskan artis bawah jagaan mereka dan beberapa syarat yang ditetapkan untuk BLACKPINK sebelum menghasilkan lagu.

1662675709 uuwyd

Beberapa komen netizen seperti:

‘Sikit nya lagu diaorang… Semoga ada banyak lagi lagu lain”

“Album terbaru diaorang pun ada 8 lagu je. Kalau buat comeback mesti lagu kurang daripada 10.. Semoga mereka boleh hasilkan banyak lagu pada masa akan datang”

“Big Bang lagi banyak lagu daripada diaorang ni”

“Saya sedih tentang hal ini. Tetapi tak semua orang suka dengar lagu genre BLACKPINK ni”

“Ni sebab diaorang gunakan track buatan TEDDY”

“Saya suka lagu BLACKPINK dan ini amat menyedihkan!”

“Saya nak dengar suara ROSE lebih kerap dalam lagu, sebab suara dia best”

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: “Jelmaan Puteri Diana”- Netizen Korea Cipta Teori Jelmaan Semula Berkaitan Kelahiran Jungkook BTS