Adakah perkahwinan pelakon utama siri Netflix Crash Course In Romance dan kekasih hatinya iaitu pelakon dan juga penyanyi yang merupakan anggota kumpulan Girl’s Generation iaitu Sooyoung semakin dekat?
Apabila berbicara soal cinta dan perhubungan istimewa selebriti-selebriti Korea Selatan, hubungan kasih sayang dan romantik antara Jung Kyung Ho dan Sooyoung sering menjadi perhatian dan membuatkan para peminat sentiasa ingin tahu perkembangan mereka.

Walaupun kedua pasangan merpati sejoli ini tidak terlalu terbuka mengenai hubungan romantik dan perancangan masa depan mereka bersama, mereka berdua sering mendapat perhatian media dan juga para peminat berkaitan dengan hubungan romantik mereka.
Seperti pasangan selebriti yang lain, Jung Kyung Ho dan Sooyoung sering dilihat keluar bersama untuk berjanji temu dan meluangkan masa. Mereka juga turut keluar bersama-sama dengan pasangan selebriti lain seperti Park Shin Hye dan Choi Tae Joon.
Baru-baru ini mata netizen yang tajam telah berjaya menangkap kelibat Jung Kyung Ho dalam hantaran gambar di laman Instagram milik Sooyoung. Menariknya para peminat berjaya mengesan refleksi gambar Jung Kyung Ho melalui pantulan cermin. Pastinya tidak boleh lari dari daya pemerhatian tinggi oleh para peminat.


Baru-baru ini Jung Kyung Ho telah membintangi sebuah drama siri hit yang bertajuk Crash Course In Romance dan siri tersebut telah mendapat perhatian seluruh dunia dengan jalan cerita dan pembawaan watak yang sangat berkesan.
Pastinya itu adalah jawapan selamat yang sering digunakan oleh para selebriti supaya mereka tidak lagi diasak oleh sebarang soalan peribadi. Seterusnya Jung Kyung Ho memberi komen yang menunjukkan bahawa dia sangat serius tentang hubungannya bersama Sooyoung, “saya pernah terfikir untuk melamarnya jika saya menang anugerah pelakon terbaik, tapi jika saya asyik berfikiran seperti itu, pasti saya tidak akan berkahwin sampai bila-bila. Jadi saya buat keputusan dan ubah rancangan, bila sampai masa yang sesuai pasti saya akan melamarnya.”
Maklumat terbaru yang didapati, mereka berdua kelihatan keluar bersama untuk berjanji temu selepas selesai menonton sebuah persembahan muzikal untuk membersi sokongan kepada pelakon Jeon Mi Do.






