Home Lifestyle Penyelamat Komuniti, Nenek Tua Selamba Tangkap Ular Gergasi Guna Tangan

Penyelamat Komuniti, Nenek Tua Selamba Tangkap Ular Gergasi Guna Tangan

0

Penyelamat Komuniti, Nenek Tua Selamba Tangkap Ular Gergasi Guna Tangan buat ramai terkejut.

Ular merupakan haiwan pemangsa yang amat berbahaya. Ada dua jenis ular iaitu ular berbisa dan tidak berbisa. Jika terkena bisa ular, seorang manusia boleh meninggal jika tidak mendapat rawatan yang cepat. Ular yang tidak berbisa seperti ular sawa juga amat berbahaya kerana belitannya itu boleh mematahkan tulang dan dimakan…

Luar biasa, seorang nenek yang tinggal di Isaan, Thailand menjadi terkenal kerana mampu menangkap ular bersaiz besar hanya menggunakan tangannya sendiri. Nenek tersebut sudah berusia 67 tahun namun masih kuat dan mampu menangkap haiwan pemangsa itu hanya menggunakan tangan. Nenek tersebut ialah Prakuad ‘Own’ Pasomsi. Dia dipuji penduduk sebagai penyelamat selepas berjaya menangkap ular sawa terbesar yang pernah ditangkapnya setakat ini.

ninik

Baca juga : Pengantin Request Bergambar Di Bukit Bintang, Sekali Reaksi Pelancong Pula Raih Perhatian Ramai

Baca juga : Hanya Berkenalan disini, Jejaka Malaysia Ini Temu Jodoh Orang Jepun

Prakuad yang lebih dikenali sebagai Own berkata, kebiasaannya, dia akan menangkap ular tidak berbisa dan menghubungi pasukan penyelamat untuk mengambilnya bagi dilepaskan di tempat yang sesuai. Dia telah menjalankan aktiviti tersebut sejak tiga tahun lalu.

nenek ular

Tambahnya, dia tidak takut akan ular. Walaupun pernah dipatuk sebanyak dua kali, Own mengakui bahawa ia tidak menyakitkan.

Tambah Own, jirannya sering meminta bantuannya jika mereka menemui ular. Dia juga bersedia untuk membantu mereka dan tidak pernah meminta wang sebagai balasan.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber : Tiktok dan Instagram