Home Entertainment Penyanyi, Shakira dan Bintang Barcelona, Gerard Pique Berpisah

Penyanyi, Shakira dan Bintang Barcelona, Gerard Pique Berpisah

0

1611342

Selepas sedekad bersama, Penyanyi terkenal dengan lagu Waka Waka, Shakira, dan pasangan, Gerard Pique, pemain pertahanan Barcelona telah mengumumkan perpisahan mereka pada 4 Jun yang lalu.

Penyanyi berusia 45 tahun itu telah mencetus fenomena dengan lagu “Hips Dont Lie”, dan berjaya mengutip hasil jualan sebanyak 60 juta.

Pemain bola yang berasal dari Spain,35, itu pula telah memenangi Piala Dunia 2020 dan European Championship pada 2012 dan juara sebanyak tiga kali berturut-turut ketika menyertai Barcelona.

Mereka telah bertemu ketika pengambaran lagu hit “Waka Waka” sebelum bertukar pesanan beberapa minggu, sebelum upacara penutupan. Hubungan mereka telah mencuri tumpuan paparazzi.

Mereka mempunyai dua anak lelaki dan telah menetap bersama di pinggiran Barcelona.

“Kami dengan dukacita mengumumkan perpisahan ini. Kami memohon ruang privasi untuk kami dan juga anak-anak kami”, kenyataan yang diberikan oleh kedua-dua pasangan tersebut.

Sumber:TheStar