Home Lifestyle Penonton Protes Selebriti Tayang Rumah Mewah Semasa Krisis Perumahan Di Korea Selatan

Penonton Protes Selebriti Tayang Rumah Mewah Semasa Krisis Perumahan Di Korea Selatan

0

Program hiburan Korea masa kini yang mendedahkan rutin kehidupan sesetengah selebriti semakin popular, dan format rancangan seumpamanya semakin tumbuh seperti cendawan.

Namun kebanyakan penonton mula protes dan mereka rasa tersisih apabila memerhatikan rancangan-rancangan seperti itu.

Hal ini kerana selebriti tinggal di rumah harga mahal tak masuk akal sedangkan ramai orang biasa menderita kerana harga rumah meroket naik baru-baru ini.

Krisis perumahan di Korea ini paling dirasai oleh anak muda yang tak mampu membeli rumah. Harga rumah di Seoul secara puratanya meningkat 50% sejak tahun 2017 dan melonjak 22% dari tahun 2019 ke 2020, menjadikannya termahal di Asia. Kini sebuah apartmen di Seoul sahaja dianggarkan bernilai lebih RM 4 juta.

korea 5921710 1280
Via Pixabay

Salah satu program TV yang pernah dilanda kontroversi adalah ‘I Live Alone’ siaran MBC. Menurut laporan media pada 22 Ogos, pangsapuri baru yang dimiliki Jeon Hyun Moo dalam episod terbaru mempunyai keluasan 156 ㎡ (1.700 kaki persegi). Pangsapuri tersebut dianggarkan bernilai 4.49 bilion KRW (RM 20 juta lebih) pada akhir tahun lalu.

Selain itu, Hwa Sa MAMAMOO turut berkongsi pangsapuri vila mewah baru yang dibelinya berharga sekitar 3 bilion KRW (~ RM 10.7 juta).

Manakala Key SHINee pula dalam rancangan ‘I Live Alone’ bahkan tak tahu berapa banyak bilik di rumahnya, menyebabkan para pengacara terkejut. Dia juga mempamerkan pemandangan Sungai Han dari rumahnya, yang mengundang cemburu di hati penonton.

Dengan semakin banyak selebriti yang mendedahkan kediaman mewah mereka di rancangan itu, beberapa netizen mengkritik bahawa rancangan itu menjadi sukar bagi rakyat Korea untuk boleh relate. Ini telah menjadi era di mana nilai 4.53 juta isi rumah bujang wujud di Korea.

Selain ‘I Live Alone, stesen dan rancangan TV seperti ‘ SBS- All the Butlers, ‘KBS’- The Return of the Superman ‘dan tvN’- On and Off ‘juga memperkenalkan rumah selebriti sambil mengungkapkan kehidupan seharian mereka.

Seorang netizen berkata di Naver, “Saya berasa serba kekurangan ketika menonton rancangan seperti ‘I Live Alone’ dan ‘My Little Old Boy’ kerana saya rasa show itu hanya menggambarkan kehidupan orang yang tinggal sendirian di rumah mewah tanpa perlu buat apa-apa. Malah di ‘The Return of Superman,’ keluarga yang tinggal di pangsapuri dekat dengan Sungai Han kelihatannya senang dan serba cukup walaupun si ayah tak bekerja. ”

Di samping itu, netizen lain juga memberi komen, “Saya tidak tahu sama ada saya nak menonton lagi ke selebriti yang mempunyai rumah bernilai berbilion KRW (juta dolar),”

“Dulu selebriti ditunjukkan tinggal di pangsapuri satu bilik kecil atau studio dan penonton, jadi kita sebagai penonton ni boleh lah rasa relate atau empati tapi sekarang entahlah.”

Sumber: AllKpop, Naver