Home Video Peniaga Hilang Sabar Selepas Kena ‘Body Shaming’ Dengan Makcik Bawang, Sekali Responnya...

Peniaga Hilang Sabar Selepas Kena ‘Body Shaming’ Dengan Makcik Bawang, Sekali Responnya Buat Makcik Ini Terdiam

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok syuhadalahhhhh, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang wanita yang merupakan peniaga makanan berkongsi cerita mengenai ‘makcik bawang’ yang sering datang ke gerainya sambil memberi kata-kata yang agak mengguris hati tentang bentuk badannya. Beliau mengatakan hampir tiap hari dirinya berhadapan dengan orang sebegitu dan cuba mencari salahnya.

Wanita ini juga mengatakan ini bukan kali pertama makcik tersebut memberi kata-kata sebegitu. Hampir satu tahap beliau sudah tidak tahan lagi dengannya dan memberi beberapa respon sehingga makcik berkenaan terdiam.

Screenshot 2023 09 05 223602
(Gambar hiasan)

“Makcik ni ada masalah apa ya? Dari semalam tak sudah-sudah asyik cakap saya gemuk, gemuk, gemuk. Apa yang sakit hati sangat? Saya tak kacau makcik pun. Suka hati saya la nak naik kereta ke angkut sendiri ke”-katanya

Beliau turut mengatakan bukan niatnya untuk memberi layanan yang ‘kurang ajar’ pada orang yang lebih tua daripadanya, tetapi sudah lama beliau pendam dan simpan sehinggalah dirinya sendiri tidak tahan dengan kata-kata makcik tersebut.

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan respon yang wanita ini beri sememangnya membuatkan orang ramai berpuas hati serta menasihati untuk tidak berlemah lembut jika terjumpa seseorang sebegitu. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah mengalami perkara yang sama dan ‘golongan mereka’ memang suka memberi kata-kata yang negatif tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 240.8K penonton, 8376 sukaan dan 1005 komen.

Baca lagi: Pelanggan Tegur Nasi Lemak Ayam RM2 ‘Mahal’, Sekali Reaksi Peniaga Ini Tarik Perhatian Ramai

Baca lagi: Bawa Anak Jumpa Kawan Sekolah Selepas 6 Bulan Tak Berjumpa, Reaksi Mereka Pula Tarik Perhatian Ramai

Lihat klip durasi pendek respon wanita ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@chu-an: lainkali akak kepit dia guna penyepit tu. kepit mulut dia biaq lama sikit eeee biasa dia tu

@M A MA | R A Y Q A L : saya gemok jugak ,boleh mengandung da 2 anak, Allah yg beri rezeki, ade je yg kurus tk pregnant2 lg. inshaAllah ada rezeki walaupun kite gemok

@RITZ: mostly rumah org tua tu..warganya semua ada anak…. x ada anak asbab untuk diperlekehkan… allah x bagi kalau tak perlu. allah x uji kalau tak mampu

@natashiazahari: syu..lain kali dia cakap kenapa nak naik kerete,syu cakap la “kau ke yg niaga skarang ni?” auto dy koyak

@Raudhah Arris: saya pulak kena…jaga bdn tu…nti laki lari ade mck bawang ckp ..sudah nye ank dia yg cantik dan kurus …hmmm..malas nk taip pjg2

@Kecushh: Be strong You are perfect just the way you’re , Maybe meeting that kind of people is as a test in your life

@KAK JAH RACUN TIKTOK: kdg2 kita mmg xnk pon kurg ajar…tpi bila dh sllu kena push..mmg spe je x koyak weh.. Ade je mkcik2 yg kata kjah x kawen lagi sbb aku gemok…

@Ms Scarlett: Bukan senang nak handle makcik2 yang mulut macam ni sebab kata2 Tu lagi tajam dari Mata pedang tapi apa2 pun saya doakan syu murah rezeki

@ZeyRa_Jeon7797: Kakak akak lgi bsr dr adik tp ada anak 6 org dik.Ada la jgk org kmpg jugde dia mcm² sampai spupu sndiri pun mcm² mengata.Tp biarkan je,bila dh nikah..

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram