Home News Penerima Zakat Kantoi Simpanan Cecah Ratusan Ribu Dan Masih Menerima Bantuan Bulanan

Penerima Zakat Kantoi Simpanan Cecah Ratusan Ribu Dan Masih Menerima Bantuan Bulanan

0

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengenal pasti terdapat penerima bantuan zakat bulanan daripada agensi itu mempunyai wang simpanan hingga ratusan ribu, kata Timbalan Ketua Eksekutifnya (Baitulmal dan Operasi) Asmadi Abdul Rahman.

Justeru, beliau berkata penting bagi melaksanakan pemutihan supaya bantuan zakat hanya disalurkan kepada individu yang sememangnya layak.

Katanya selepas melaksanakan pemutihan pihaknya akan menamatkan bantuan kepada mereka yang keluar dari Pahang, tidak dapat dihubungi dan pendapatan sudah tidak melayakkan mereka bergelar asnaf.

Baca lagi: Tak Mampu Bayar Sewa Rumah, 5 Beranak Dihimpit Kesusahan Apabila Terpaksa Tinggal Di Dalam Kereta

Baca lagi: Lelaki Ini Tunjuk Cara Betul Main ‘Claw Machine’, Memang Berkesan Ikut Cara Dia

Screenshot 2023 08 17 162033
(Gambar hiasan)

Lihat juga video dibawah:

“Terkini kami sedang kenal pasti lagi invidu yang mempunyai simpanan dalam bank. Ada yang kami dapati mempunyai simpanan hingga ratusan ribu dan masih menerima bantuan bulanan”
“Selepas semakan dan pengesahan dilaksanakan, kita akan hentikan bantuan kepada mereka serta-merta”-katanya kepada pemberita selepas Majlis Agihan Bantuan Zakat

Asmadi mengtaakan bantuan yang diberikan adalah untuk menampung keperluan dan bukan sebagai tabungan , selain menambah pihaknya turut mengadakan kerjasama dengan ketua kampung serta badan bukan kerajaan (NGO) dalam melaksanakan pemutihan.

Screenshot 2023 08 17 162056
(Gambar hiasan)

Menurutnya hingga kini MUIP merekodkan 11,146 penerima bantuan bulanan di seluruh Pahang yang menerima bantuan dalam bentuk tunai dan baucar.

Pada majlis berkenaan, lebih RM410,551 wang zakat telah diagihkan bagi tujuan sumbangan komputer riba kepada anak asnaf yang akan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dan pembiayaan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar miskin cemerlang.

Selain itu, buat julung kalinya MUIP melaksanakan program “MUIP Food Rider” dengan menyediakan bantuan motosikal kepada 10 asnaf bagi menjana pendapatan sebagai penghantar makanan.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang