Home K - Pop Lebih 800 Peminat X1 Protes Diluar Bangunan CJ ENM. Ini Sebabnya…

Lebih 800 Peminat X1 Protes Diluar Bangunan CJ ENM. Ini Sebabnya…

0

Pada 22 Januari 2020, terdapat lebih 800 peminat X1 berkumpul untuk membuat bantahan di luar bangunan utama CJ ENM di Mapo- Gu, Sangnam- dong, Seoul. Mereka menyuarakan hasrat mereka untuk mengembalikan X1 sebagai satu kumpulan.

6

Salah seorang wakil peminat X1, juga dikenali sebagai One It, mengetuai protes tersebut dengan menyatakan,

“Kami mengutuk CJ ENM yang bertindak mengelak daripada tanggungjawab mereka mengenai X1. CJ ENM masih meneruskan aktiviti perniagaan K-POP mereka, sedangkan mereka tidak mencuba untuk membaik pulihkan keadaan X1, dimana X1 hanya mangsa kontroversi manipulatif mereka sendiri. Kami tidak boleh berdiam diri dan membiarkan CJ ENM menggelarkan diri sebagai ketua dalam K-POP dan Hallyu, apabila mereka gagal untuk bertanggungjawab diatas pembubaran X1,”

Selain itu, para peminat meminta agar CJ ENM mengesahkan secara rasmi tentang debut semula X1 pada 31 Januari ini dan CJ ENM juga perlu mengadakan satu lagi mesyuarat yang melibatkan kesemua syarikat ahli X1  dalam pernyediaan untuk debut semula pada 7 Februari.

Para peminat menambah bahawa CJ ENM gagal untuk mempertimbangkan keinginan anggota X1 ketika mencapai keputusan pembubaran X1, dan karena itu “keras kepala mereka telah meruntuhkan impian kesemua anggota X1.

Sementara One It korea berkumpul di luar bangunan CJ ENM untuk membantah pembubaran X1, peminat global dari luar negara telah menunjukkan sokongan mereka di Twitter dengan menggunakan hash tag #BringBackNewX1 and #CJTakeTheResponsibility  di seluruh dunia, seperti dibawah:

4 1
Trak dan bas besar yang membantah pembubaran X1 dan menyokong kumpulan itu untuk meneruskan aktiviti mereka dan juga protes yang dianjurkan telah menarik perhatian media.

1

Dah Baca Jangan Lupa Like, Comment dan Share ye. Terima Kasih

Sumber: Allkpop