Home Entertainment Peminat Terkejut Selepas Mengetahui Salah Seorang Ahli Kumpulan Baru Itu Adalah Lelaki

Peminat Terkejut Selepas Mengetahui Salah Seorang Ahli Kumpulan Baru Itu Adalah Lelaki

0

Kumpulan idola baru selalu menjadi viral atas sebab yang paling tidak dijangka tetapi biasanya viral sebab benda yang baik dan positif.

Kumpulan K-Pop baharu XEED menjadi viral disebabkan usia ahli kumpulan mereka, manakala NewJeans mendapat perhatian kerana tema debut mereka yang mengingatkan pada tahun 90 an atau awal 2000 an.

unnamed 4 2

Kumpulan idola baharu, SHA48, yang berpangkalan di Bejing baru-baru ini membuat debut mereka, terdiri daripada lima ahli: Lingdang, Yuyu, Xiaolu, Xiaoling, dan Junjun. Kumpulan itu dengan cepat mendapat perhatian kerana gaya comel mereka dalam gambar rasmi yang dikongsi di halaman Weibo mereka.

unnamed 5 2

unnamed 6 2

unnamed 7 1

Kumpulan itu kemudian mengadakan persembahan pertama mereka secara offline pada 30 Disember, dan peminat teruja untuk melihat kumpulan itu secara peribadi.

Bagaimanapun, para hadirin terkejut apabila melihat ahli kelihatan berbeza daripada gambar asal mereka, terutamanya ahli Lingdang.

unnamed 9 1

Selepas beberapa galian yang dibuat oleh netizen dalam talian, didapati bahawa Lingdang sebenarnya adalah seorang lelaki.

Penemuan ini menimbulkan begitu banyak sentimen dalam kalangan peminat sehingga kumpulan itu menyiarkan pengumuman di Weibo mereka yang menyatakan bahawa mereka “tidak pernah mengumumkan melalui mana-mana platform bahawa kami adalah kumpulan perempuan.”

Kami tidak pernah mengumumkan melalui mana-mana platform bahawa kami adalah kumpulan perempuan, dan kami tidak pernah menggelarkan diri kami kumpulan perempuan. Kami hanyalah kumpulan idola.

unnamed 12 1

Selepas viral, Lingdang telah menyiarkan gambarnya dalam talian dan dengan pantas mendapat komen daripada netizen:

Halkum tu

Boleh tak awak tutup halkum dalam foto pertama tu

Baca lagi: Jang Wonyoung IVE Sekali lagi Mendapat Kebencian Yang Tidak Sepatutnya… Hanya Kerana Makan Pizza

Baca lagi: Kuasa YG, Baby Monster Belum Debut Tapi Dah Dapat Jumlah Tontonan Yang Bukan-Bukan

unnamed 11 1

Lingdang (center)

Khabar angin bahawa Lingdang bertanggungjawab untuk melabur wang ke dalam kumpulan itu juga mula tersebar dalam talian.

Sorang lelaki yang menjadi center kumpulan bertemakan lebih “feminin” bukanlah fenomena yang sama sekali baru, “penipuan” itu benar-benar tidak dijangka oleh peminat.

Sumber: [1]