Home Politics Pemimpin Korea Utara Saran Rakyat Makan Angsa Hitam Untuk Elak Kebuluran

Pemimpin Korea Utara Saran Rakyat Makan Angsa Hitam Untuk Elak Kebuluran

0

Kim Jong-un, pemimpin utama Korea Utara menggalakkan penduduk negara itu untuk memakan daging angsa hitam bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan, lapor akhbar Daily Star via Kosmo.

Media tempatan Korea Utara melaporkan ‘daging angsa hitam sangat enak dan mempunyai nilai perubatan’ dalam sebuah artikel.

Laporan itu turut mendakwa bahawa pembiakan haiwan itu pada skala industri akan membantu meningkatkan tahap kehidupan orang ramai.

Satelit menangkap beberapa keping gambar imej pembinaan projek terbaru, pusat angsa hitam di Ladang Itik Kwangpho di daerah Jongphyong.

NK News mendakwa memakan angsa atau swan dianggap tabu di sesetengah tempat di dunia. Misalnya, angsa dianggap tanda sial di China.

Bagaimanapun, pemimpin Korea Utara itu percaya angsa hitam merupakan ‘senjata rahsianya’ untuk menangani masalah kekurangan bekalan makanan di negara tersebut.

Sumber: [1], [2]