Home Entertainment Pelakon Kim Sae Ron Didenda 20 Juta Won Untuk DUI

Pelakon Kim Sae Ron Didenda 20 Juta Won Untuk DUI

0

Pelakon Kim Sae Ron telah hadir untuk perbicaraan hukuman di Mahkamah Daerah Pusat Seoul pada 5 April

Menurut sumber dari The Korea Times, Pelakon Kim Sae Ron dijatuhi hukuman denda 20 juta won ($15,000) pada Rabu, 5 April 2023 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol tahun lalu.

Mahkamah Daerah Pusat Seoul menjatuhkan hukuman wang kepada Kim, 23, yang merempuh keretanya ke pagar penghadang dan pepohonan di jalan ketika memandu dalam keadaan mabuk di Cheongdam-dong, Selatan Seoul, pada 18 Mei tahun lalu sehingga mengakibatkan kerosakan besar dan memutuskan bekalan elektrik sebanyak 57 kedai di kawasan itu selama hampir tiga jam.

DED66194 C30D 42FA A349 F2DD57871F27

Baca Lagi: Kim Sae Ron Mohon Ringankan Hukuman Kes Memandu Mabuk

Tahap alkohol dalam darah Kim diukur pada lebih daripada 0.2 peratus pada masa itu, jauh melebihi tahap pembatalan lesen sebanyak 0.08 peratus.

00308C33 A830 498E 8346 8318404FF312

Pada Mac lepas, Kim Sae Ron telah memohon hukuman dan denda diringankan selepas dia diperintahkan untuk membayar denda dengan jumlah yang banyak. Keadaan kewangan Kim Sae Ron juga semakin merosot dan tidak baik.

Namun pihak mahkamah tidak mempedulikan rayuan dan permohonan Kim Sae Ron. Mereka menyatakan: “Paras alkohol dalam darah Kim Sae Ron melebihi dari 0.2% dan dia telah mencuba untuk lari tanpa mengambil tindakan apa pun setelah memandu di bawah pengaruh alkohol. Perkara itu tak boleh dikatakan dianggap sangat mudah buatnya kerana penumpang A masih membantu Kim Sae Ron,” kata hakim mahkamah.

Pelakon muda itu memulakan kerjaya sebagai seorang pelakon kanak-kanak dalam filem “The Man from Nowhere”. Dia telah muncul dalam banyak filem dan drama TV. Sejak tragedi tersebut berlaku, Kim Sae Ron berhenti daripada sebarang aktiviti lakonan dan malangnya kontraknya dengan agensi juga telah ditamatkan.

Manakala dilaporan media lain, pada 4 April,  Dispatch mengeluarkan foto Kim Sae Ron bermain Texas Hold’em Poker di atas meja. Ia menjadi topik hangat dalam talian kerana artis itu kini diserang kerana kontroversi DUI nya dan didakwa memaparkan gambar dirinya sedang bekerja sambilan kerana masalah kewangan. Dalam berita lain, Kim Sae Ron didakwa dilihat bekerja sambilan di sebuah bar di Gangnam.

69C0022A 3BED 4F3E A921 EDFB0A8AEA8E

Baca Juga: Rindu Kang Tae Oh? Jom Semak 14 Fakta Menarik Tentang Dirinya