Home Entertainment Pelajar Sekolah Menengah Ini Terpaksa Menjadi Tentera Demi Markah Bonus

Pelajar Sekolah Menengah Ini Terpaksa Menjadi Tentera Demi Markah Bonus

0

Duty After School merupakan sebuah filem thriller sci-fi tentera Korea Selatan berdasarkan webtoon Ha Il-kwon dengan nama yang sama.

Antara pelakon dalam drama hebat ini ialah Shin Hyun Soo, Moon Sang Min, Kwon Eun Bin, Im Semi, Kim So Hee, Kim Ki Hae dan ramai lagi.

Duty After School FBShare

Drama ini mengisahkan sekumpulan pelajar senior dari Sekolah Tinggi Seongjin yang tiada pilihan selain melawan pencerobohan makhluk asing demi mendapat markah bonus untuk ujian CSAT (College Scholastic Ability Test).

Dalam pencerobohan makhluk asing di seluruh dunia, Presiden Korea Selatan mengumumkan bahawa kesemua pelajar sekolah senior dan pelajar universiti, lelaki dan perempuan wajib menjalani latihan ketenteraan.

duty after school 4

Pada waktu pagi, mereka akan menjalani kelas seperti biasa. Namun, di sebelah petangnya, para pelajar di Sekolah Tinggi Sungjin akan memulakan latihan ketenteraan wajib mereka di kawasan sekolah.

Tentera akan mengajar mereka kemahiran yang diperlukan untuk bertahan dalam peperangan. Namun, ini adalah jenis peperangan yang berbeza, adakah mereka berjaya menyelamatkan diri dan dunia dari makhluk asing yang bahaya?

PhotoGrid Plus 1680529451306 2 1 4160357419

Drama 10 episod ini telah ditayangkan di Viu pada 31 Mac lalu. Jangkakan durasi untuk setiap episod adalah kira-kira 1 jam 15 minit.

Jika anda masih belum mengikuti drama yang lain daripada yang lain ini, apa kata anda layari ‘Duty After School’ di sini dan tonton semua 10 episod. Pastinya drama ini akan membuatkan anda berasa gementar dan akan membuatkan jantung anda berdegup laju.