Home News Pekerja Pemindahan Barang Jumpa RM150 Ribu Dalam Kabinet, Sekali Ini Yang Dilakukan...

Pekerja Pemindahan Barang Jumpa RM150 Ribu Dalam Kabinet, Sekali Ini Yang Dilakukan Oleh Beliau

0

Seorang pekerja sedang menjalankan tugas pindah barang, sekali pekerja ini terjumpa duit bernilai RM150 ribu dalam almari.

Ramai menyarankan bahawa pekerja yang jujur ini supaya dinaikkan pangkat selepas beliau mengembalikan wang sebanyak S$50,000 (RM151,300) yang ditemui di dalam almari kepada pemiliknya.

Pekerja ini bernama Jake, yang merupakan pekerja syarikat Prestige-Moving Services, yang menyediakan servis pemindahan barang di Singapura. Kejujuran adalah sifat yang paling penting untuk dimiliki oleh pekerja dalam sektor pekerjaan tersebut kerana mereka sering memindahkan perabot dan barang berharga dan ternyata Jake memenuhi kriteria tersebut.

Screenshot 2023 05 23 095905

Jadi pemilik wang itu sangat bersyukur apabila Jake kembalikan sejumlah besar wang tunai yang tidak senagaja ditinggalkan di dalam almari.

“Ini adalah Encik Jake. Salah seorang pekerja terbaik kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana kejujurannya yang mungkin orang lain tidak akan lakukannya dan jujur adalah sangat penting dalam industri kami di mana pelanggan memberi kepercayaan kepada kami bahawa perabot dan barang-barang mereka selamat berada di tangan kami”

“Jake yang ketika itu melakukan pemindahan di salah satu premis pelanggan kami, menemui sejumlah wang tunai sebanyak S$50,000 yang dibungkus dalam beg plastik di dalam kabinet”

Screenshot 2023 05 23 100432

Pihak syarikat juga mengatakan pelanggan tidak sengaja tinggalkan wang tersebut, namun Jake membuat langkah terbaik dan keputusan untuk memulangkan keseluruhan wang itu kepada pelanggan. Turut berterima kasih kepada Jake atas kejujurannya, majikan Jake juga berharap beliau akan bertahan bekerja selama bertahun-tahun lagi.

Netizen juga mencadangkan supaya gaji Jake dinaikkan atau dinaikkan pangkat sebagai penghargaan di atas kejujurannya. Walaupun penampilannya bertatu membawa persepsi yang ‘buruk’ terhadap orang ramai, Jake membuktikan bahawa penampilan luaran tidak melambangkan hati budi seseorang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang