Home News Pasangan Suami Isteri Temui Koleksi Figura Star Wars Berharga RM2 Juta Dlm...

Pasangan Suami Isteri Temui Koleksi Figura Star Wars Berharga RM2 Juta Dlm Plastik Sampah

0

Suami isteri dari Stourbridge, England mendapat durian runtuh selepas menemui bungkusan plastik sampah berisi koleksi terhad mainan Star Wars yang bernilai 400,000 Pound Sterling (RM2.17 Juta).

Pasangan itu pada mulanya tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan barangan berkenaan. Namun, anak lelaki mereka memanggil pelelong dan mendapati koleksi mainan itu termasuk figura masih dalam keadaan baik di dalam bungkusan asalnya.

“Sebahagiannya dalam keadaan lembap mungkin kerana cara ia disimpan, namun ia koleksi Star Wars terbaik pernah saya lihat”

daebaking.co Pasangan Suami Isteri Temui Koleksi Figura Star Wars Berharga RM2 Juta Dlm Plastik Sampah sss

“Malah, kami mempunyai bilangan penggemar dan pengumpul yang ramai dari seluruh dunia dan berharap urusan jual beli berjalan dengan baik” kata pelelong berkenaan, Chris Aston.

Menurut Aston, dia tidak pasti pasangan suami ister berkenaan teruja atau sebaliknya dengan penemuan berkenaan.

daebaking.co Pasangan Suami Isteri Temui Koleksi Figura Star Wars Berharga RM2 Juta Dlm Plastik Sampah ccc

“Saya tidak tahu sama ada mereka mempunyai perancangan atau sebaliknya, tetapi penemuan itu ibarat mereka baru memenangi loteri” katanya.

Antara koleksi yang ditemui figura Star Destoyer Commander yang dianggarkan berharga 32,500 Pound Sterling (RM176,542).

daebaking.co Pasangan Suami Isteri Temui Koleksi Figura Star Wars Berharga RM2 Juta Dlm Plastik Sampah lll

Selain itu, terdapat juga koleksi terhad Palitoy Jawa yang bernilai 27,280 Pound Sterling (RM148,187) dan dipercayai hanya 10 unit sahaja terdapat di pasaran.

Lain-lain yang ditemui adalah salah satu set terdiri daripada lapan figura Return of the Jedi yang dijual pada harga 1.59 Pound Sterling (RM8.60) ketika dibeli pada tahun 1980-an, tetapi nilai pasarannya kini mencecah 1,400 Pound Sterling (RM7,605)

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: SAJA