Home Kdrama/Kmovie Pakar Angkasa Mengulas Fakta & Auta Di Sebalik K-Drama ‘The Silent Sea’

Pakar Angkasa Mengulas Fakta & Auta Di Sebalik K-Drama ‘The Silent Sea’

0

Pada tahun 2075, sekumpulan angkasawan dihantar ke angkasa lepas bersama sebuah misi yang berisiko tatkala bumi sedang menderita krisis air yang kritikal.

Pasukan angkasawan terdiri daripada tenaga manusia mahir dalam bidang masing-masing seperti ahli astrobiologi, jurutera dan juruterbang. Matlamat mereka adalah mendapatkan sampel misteri dari sebuah stesen angkasa terbiar yang dipercayai memegang kunci untuk selamatkan dunia.

1 12
Kredit: Netflix

Begitulah serba sedikit sinopsis siri drama Netflix yang keluar pada Disember lalu dan menyajikan penonton sebuah pengembaraan distopia ke bulan.

Namun sejauh manakah realistiknya cerita ini? Responden VICE menemu ramah para saintis dari Agensi Angkasa Lepas Filipina (PhilSA) berkenaan pengembaraan angkasa lepas yang digambarkan dalam siri tersebut.

Boleh Ke Kapal Angkasa Tergantung Di Tebing Curam Bulan?

Cerita dibuka dengan adegan sebuah kapal angkasa berjuntai sikit lagi nak jatuh dari tebing di bulan yang curam. Ketika para angkasawan berebut untuk melarikan diri dan keluar dari perut kapal angkasa, pesawat besar itu terhumban ke dalam gaung.

2 10
Kredit: Netflix

Menurut Leur Labrador yang merupakan seorang pakar roket ini berpendapat senario itu boleh terjadi namun dalam objek jatuh dengan kadar perlahan kerana tarikan graviti di bulan lebih lemah, hanya 1/6 sahaja daripada kekuatan graviti di bumi.

“Ini bermakna objek akan mengambil masa lebih lama untuk jatuh di bulan berbanding di bumi. Walaupun kapal angkasa yang tergantung di tebing curam bulan itu akan jatuh, ia lebih perlahan daripada yang kita biasa tengok di bumi.”  – Leur Labrador, pakar kapal angkasa

Bagaimanapun babak Dr Song Ji-an (Bae Doona) yang tiba-tiba jatuh ketika disedut keluar dari kapal angkasa itu boleh ‘dipersoalkan’ kerana persekitaran di bulan dikatakan tidaklah seganas itu.

Adakah Stesen Angkasa Biasanya Dibina Besar-besar Seperti Dalam ‘The Silent Sea’?

Sewaktu tiba di Stesen Penyelidikan Lunar Balhae, kru angkasawan disambut dengan seni binanya yang luas serta dilengkapi dengan sistem teknologi canggih, dikatakan lebih mirip bilik bawah tanah rahsia milik jutawan di bumi berbanding stesen penyelidikan di bulan.

3 9
Kredit: Netflix

Labrador meragui struktur stesen angkasa sedemikian boleh dibina di bulan seperti dalam siri tersebut memandangkan di bumi pun diceritakan kekurangan sumber lebih-lebih lagi air, dan kos pembinaannya tinggi.

“Ia tidak begitu realistik, memandangkan bumi diceritakan sedang mengalami kemarau besar di mana sumbernya jauh lebih terhad,” – Leur Labrador, pakar kapal angkasa

Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), tempat tinggal dan tempat kerja di Stesen Angkasa Antarabangsa yang mengorbit kira-kira 400-kilometer dari bumi lebih besar daripada rumah enam bilik tidur namun tidaklah sebesar seperti gambaran dalam stesen Balhae yang canggih itu serta realitinya, kos maintenance turut diambil kira.

“Nak buat maintenance sebuah stesen angkasa yang jaraknya 400-kilometer dari permukaan bumi pun sudah kos tinggi, termasuk nak melancarkan roket hantar barang-barang kepada penghuni di dalam tu, inikan pula nak buatnya di stesen angkasa 384,400-kilometer jauhnya.” – Leur Labrador, pakar kapal angkasa

Apa Jadi Kalau Mati Di Bulan?

Apabila menonton plot cerita ini, pernah kah anda terfikir apa jadi sebenarnya kepada badan orang yang mati di angkasa lepas? Adakah jasad mereka mereput atau terpelihara?

4 9
Kredit: Netflix

Dominic Guaña, seorang penyelidik di Bahagian Pembangunan Misi Angkasa di PhilSA, memberitahu bahawa penguraian masih boleh berlaku di bulan, cuma berbeza dengan apa yang berlaku di bumi.

“Tubuh manusia mengandungi bahan kimia, enzim, dan bakteria yang merupakan unsur penguraian.” – Dominic Guaña, penyelidik

Katanya lagi, meskipun elemen-elemen dalam tubuh manusia ini boleh menyebabkan penguraian apabila mati, kadar pengoksidaan akan menjadi lebih perlahan kerana kekurangan oksigen di bulan.

“Persekitaran bulan yang melampau akan menyukarkan bakteria untuk berkembang, seterusnya memperlahankan penguraian. Sekiranya proses ini tidak dapat berjalan, bahan organik itu akan terpelihara.”– Dominic Guaña, penyelidik

Boleh Ke Minum Air Yang Ditemui Di Bulan?

Air memainkan peranan penting dalam ‘The Silent Sea’, ketandusan bumi menyebabkan angkasawan pergi cari air sampai ke bulan.

5 6
Kredit: Netflix

Menurut VICE, realitinya memang selama beberapa dekad ini saintis telah mengkaji kewujudan air di bulan.

Pada 2018, saintis menemui bukti kewujudan air berbentuk ais di permukaan bulan. Dua tahun kemudian, pihak NASA akhirnya mengesahkan teori yang dikemukakan oleh pakar selama bertahun-tahun bahawa: molekul air memang wujud di bahagian bulan, kawasan berhampiran matahari.

Menurut Archie Veloria, seorang penyelidik meteorologi di PhilSA, meminum air bulan boleh jadi bukan idea yang mengarut.

“Jika air ini boleh dilombong pada masa hadapan, maka air ini tidak mustahil sama dengan air di bumi dan mungkin boleh diminum jika dirawat dengan betul.” – Archie Veloria, penyelidik.