Home Video “Ni Mesti Ada Benda Dalam Tu”-Ulat Penuh Dalam Tangki Raih Perhatian Ramai

“Ni Mesti Ada Benda Dalam Tu”-Ulat Penuh Dalam Tangki Raih Perhatian Ramai

0

Apabila sesuatu tempat itu dipenuhi dengan ulat pastinya tempat tersebut tercemar dan terdapat sesuatu yang meyebabkan ulat-ulat tersebut muncul.

Menerusi klip rakaman pendek yang tular di media sosial baru sahaja semalam, dapat dilihat situasi yang mana sebuah tangki air dipenuhi dengan ulat yang sangat banyak. Ulat tersebut kelihatannya berapungan di permukaan air tersebut.

PIHAK Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengesahkan berlaku pencemaran di sebuah tangki air kolej kediamannya yang membekalkan sumber air telaga tiub di Kota Kinabalu, Sabah.

Pusat Komunikasi Korporat UMS berkata, pengurusan universiti itu menjelaskan pencemaran berkenaan dikesan selepas siasatan berkenaan sebuah video yang tular di media sosial sejak Jumaat dengan penemuan ulat dalam tangki air yang didakwa berlaku di kampusnya.

“UMS mengambil maklum akan sebuah klip video yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini berkaitan pencemaran tangki air di salah satu kolej kediaman pelajar di kampus ini.

“Susulan daripada klip video itu, pengurusan UMS melalui Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) menjalankan siasatan terhadap kesahihan dakwaan seperti yang dinyatakan dalam video tersebut.

Baca juga : “Mmg Tak Beli Dahlah Aiskrim Lepasni”-Mesin Aiskrim Penuh Dengan Ulat Buat Ramai Yang Geli

Baca juga : “Bagus Akak Ni Bagitau Lokasi”-Ulat Di Nasi Kandar, Ramai Yang Trauma Nak Makan Situ

“JPP mengesahkan bahawa kejadian itu berlaku terhadap salah satu tangki air di Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) UMS,” katanya.

Bagaimanapun katanya, tangki yang terjejas itu adalah tangki daripada sumber air melalui sistem telaga tiub dan tidak menjejaskan sumber air daripada Jabatan Air Negeri Sabah (Jans) yang menjadi sumber utama kegunaan harian pelajar.

Katanya lagi, JPP UMS mengarahkan kontraktor penyelenggaraan untuk mengosongkan tangki yang tercemar terbabit ekoran kejadian itu.

“JPP juga mengarahkan kontraktor penyelenggaraan supaya sentiasa memantau setiap fasiliti bangunan di UMS bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan dan kesihatan khususnya kepada warga penuntut kampus ini.

“Pengurusan UMS akan terus memantau perkembangan pelajar di KKTPAR bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas dan tidak mengganggu pembelajaran serta kehidupan seharian pelajar sepanjang berada di kolej kediaman,” katanya.

Lihat klip rakaman di isntagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rosebiru (@mediarosebiru)

Lihat juga komen netizen :

@papadom : mesti Ade benda mati dlm tangki ni..

@𝘼𝙢𝙮𝘽𝙖𝙝𝙖𝙧 : korang boleh bayangkan tak dok buat kumur..masa berus gigi

@Rohanihasnah Rohanihasnah : mesti ada binatang seperti burung atau tikus yg mati dlm tangki air tu

@isaacmark1995 : panggil la bomba ..buat sesatan..mesti ada benda mati dalam tu

@okroch : geng2 penapis air ada modal dah nk close customer

@SanYuZie : Kn biasanya tangki ada penutup dia..supaya xde binatang masuk ..ni psl jd ada ulat xde tudung,ada bangkai binatang mati la tu

@cin : Ade bangkai monyet mati terjatuh. Rasenye ade video org rakam monyet tu jatuh tp xtau knp die xbgtau management. Tau kt video sblh xtau sahih ke x

@remy : ada bangkai binatang tu dlm tank

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram