Home Entertainment Netizen Terkejut Roh Ji Sun Buat Macam Tu Kepada Pengurusnya, Tindakannya Itu...

Netizen Terkejut Roh Ji Sun Buat Macam Tu Kepada Pengurusnya, Tindakannya Itu Dianggap Biadab

0

Pada 26 Julai, video Roh Ji-sun memanggil pengurusnya dengan menjentik jari di stadium besbol baru-baru ini tersebar di Youtube dan komuniti dalam talian.

FROMIS_9 telah dijemput sebagai pitcher dan pemukul pertama dan mereka duduk di tempat penonton dan menyaksikan pertandingan besbol pada hari video itu diambil.

Kemudian terdapat satu adegan yang dirakam, di mana Roh Ji-sun memanggil pengurusnya dengan menjentik jari dan mengarahkan sesuatu.

fromis 9 roh jisun criticized for alleged rude behavior towards staff

Selepas video itu tersebar luas, netizen memberikan pendapat yang bercampur-campur.

Petikan jari digunakan untuk memanggil orang suruhan semasa sistem berdasarkan status sosial itu wujud dan isyarat ini boleh dianggap biadap dan menghina terutama di negara Barat.

Netizen mengulas, “Adakah dia memandang rendah pengurusnya?”, “Ramai orang di sekelilingnya, tetapi sikapnya membuatkan saya berasa sangat kecewa“, dsb.

original Ada yang berpendapat bahawa tindakan itu boleh diterima sekiranya orang itu mempunyai hubungan yang rapat. Ramai orang juga menasihati Roh Ji-sun agar berhati-hati dengan sesuatu pergerakan yang mungkin boleh disalah tafsir oleh sesetengah orang.

Sementara itu, fromis_9 ialah kumpulan idola yang memulakan kerjaya menerusi program uji bakat Mnet “Idol School”. Kumpulan gadis itu membuat debut rasmi mereka dengan mengeluarkan album mini pertama mereka “To. Heart” pada Januari 2018

Baca lagi: ‘Wah Baru Separuh Pertama 2022, Dah Raih RM26 Juta?!!’, Pendapatan Yoo Jaesuk Mengujakan Peminat

Baca lagi: Jeon So-min Disyaki Bercinta Dengan Krew “Running Man”

Who Do You Think Is fromis 9 FOTG