Home Kdrama/Kmovie Netizen Berdebat Tentang Gaji Shin Ha Ri Dalam ‘A Business Proposal’

Netizen Berdebat Tentang Gaji Shin Ha Ri Dalam ‘A Business Proposal’

0

Adegan drama ‘A Business Proposal’ menarik perhatian netizen dan mencetuskan perbincangan dalam komuniti di internet.

Menerusi komuniti dalam talian Korea TheQoo, netizen membincangkan sama ada gaji watak utama wanita itu terlalu kecil, seperti yang didakwa dalam drama berkenaan.

Dalam episod pertama drama ‘A Business Proposal’, terdapat babak yang memaparkan Shin Ha Ri (Kim Se Jung) mempunyai gaji bulanan kira-kira 3.5 juta KRW (~RM 12,000). Kemudian berkata, “Hanya tinggal baki 50,000 KRW (~RM172) selepas menolak simpanan, pembayaran balik pinjaman dan wang saku daripada gaji bulanan saya.”

Netizen yang melihat adegan itu pun memberi komen:

“Gaji tahunannya masih 49 juta KRW (~RM170,000) walaupun dengan 3.5 juta KRW sebulan. Adakah itu masih sikit?”

“Itu bukan sedikit.”

“Simpanan dia 2 juta KRW (~RM7,000), itu pun masih sikit?”

“Saya cemburu dengan gajinya.”

“Jika dia bekerja di syarikat korporat besar. itu masih sedikit,”

“Drama itu gagal menjadi realistik, lol.”

Sementara itu, ‘A Business Proposal’ merupakan drama komedi romantik tayangan SBS dan Netflix berdasarkan webtoon dengan tajuk sama mengisahkan hubungan kontrak antara seorang CEO sebuah syarikat dan seorang wanita yang bertemu selepas blind date.

Sumber: [1]