Home News Nelayan Temui Mutiara Bernilai RM1.3 Juta, Sekali Ini Yang Dilakukan Oleh Beliau

Nelayan Temui Mutiara Bernilai RM1.3 Juta, Sekali Ini Yang Dilakukan Oleh Beliau

0

Bumi dipenuhi dengan khazanah yang cukup nilainya. Banyak sumber mineral yang terdapat dalam perut bumi ini antarany ialah petroleum, emas, berlian, batu permata, mutiara dan banyak lagi.

Nilai sumber-sumber ini berbeza-beza bergantung kepada betapa jarang ia ditemui, kualiti dan permintaan terhadapnya. Sudah pastinya rezeki terpijak buat mereka yang menemuinya dan berjaya memiliki antara ‘harta karun’ bernilai itu.

Screenshot 2023 06 11 204910

Hal ini terjadi buat seorang lelaki yang tidak menyangka akan tuah nasibnya apabila beliau menemui sejenis mutiara yang jarang ditemui dianggarkan bernilai kira-kira 250,000 Pound Sterling (RM1,397,860).

Semuanya bermula apabila Hatachat Niyomdecha, berjalan bersama keluarganya di pantai sebelum terlihat satu pelampung hanyut berhampiran pantai wilayah Si Thammarat.

Lelaki ini berusi 37 tahun itu membawanya ke rumah dan mahu mengetahui isi dalamnya selepas mendapatinya cengkerang tersangkut padanya.

Screenshot 2023 06 11 204925

Hatachai dan adiknya membawa cengkerang itu kepada bapa mereka, Bangmad yang kemudian membersihkannya sebelum menemui mutiara berkenaan.

Mutiara itu, sebenarnya dikenali oren Melo antara yang jarang ditemui. Mutiara Melo merupakan spesies mutiara yang tidak boleh dibiakkan seperti mutiara-mutiara lain. Ia dipercayai hanya boleh dihasilkan secara semulajadi oleh sejenis siput laut bernama Melo dari spesies Volutidae. Oleh itu, ia amat jarang ditemui, membuatkan harganya menjadi sangat mahal.

Hatachai dan isternya merancang menjual mutiara itu dengan nilai tinggi dan mengesahkan sudah ada senarai pembeli yang berminat.

“Saya mahu menjual mutiara itu dengan harga paling tinggi. Wang itu tidak akan mengubah hidup saya, tetapi nasib saya”

“Seluruh keluarga saya akan mempunyai kehidupan lebih baik”

Jika berjaya dijual boleh jadi jutawan sekelip mata. Tuah auam nampak pada kakinya, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Penemuan tidak diduga itu berlaku di negara jiran iaitu Thailand.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: InfoRakyat