Home VIU Apa Perasaan Dilahirkan Kaya? Nak Tahu, Jom Tengok Reborn Rich Lakonan Song...

Apa Perasaan Dilahirkan Kaya? Nak Tahu, Jom Tengok Reborn Rich Lakonan Song Joongki!

0

Dah tengok belum Oppa Joongki kita dengan kdrama terbaru beliau, Reborn Rich? Kalau belum, korang wajib tengok sekarang. Kenapa? Haaa.. dengar cerita dalam kdrama ni, Joongki ada bagitahu satu rahsia, rahsia apa tu? Sebelum tu, jom baca sinopsis kdrama Reborn Rich ni!

Drama ini membawa genre melodrama, fantasi, romantis. Mengisahkan tentang seorang lelaki yang dilahirkan semula sebagai anak bongsu kepada keluarga kaya dan cuba untuk membalas dendam ke atas kematian yang menimpa dirinya.

Kdrama bertajuk, Reborn Rich itu atau nama lain nya, The Youngest Son of a Conglomerate merupakan sebuah drama terbaru Joong Ki selepas kejayaan nya dengan drama Vincenzo. Drama ini diadaptasikan daripada novel web bertajuk, ‘Chaeboljib Maknaeadeul” yang diterbitkan sekitar tahun 2017-2018 melalui Kakao. Reborn Rich turut dilakonkan oleh Shin Hyun-BinTiffanyLee Sung-Min dan ramai lagi.

Screenshot 2022 12 29 at 2.52.49 AM

Yoon Hyun-woo merupakan seorang pegawai yang bekerja di syarikat Sunyang Group. Hyun-woo telah dituduh mencuri wang dana syarikat tersebut dan telah dibunuh oleh anak lelaki yang paling muda dalam keluarga Sunyang, Jin Do-joon.

Screenshot 2022 12 29 at 2.54.59 AM

Keesokannya, Hyun-woo telah terbangun daripada tidur dan mula menyedari bahawa dia dihidupkan semula, tetapi dalam badan Do-joon. Hyun-woo yang berada di dalam badan Do-joon bertekad untuk membalas dendam di atas hal-hal yang telah terjadi kepada dirinya.

Screenshot 2022 12 29 at 2.55.18 AM

Screenshot 2022 12 29 at 2.55.12 AM

Pertama sekali yang akan dilakukan oleh nya ialah berhadapan dengan Jin Yang-chul yang merupakan ketua kepada syarikat Sunyang Group. Yang-chul mempunyai sifat buruk, iaitu tamak haloba dan sangat bersikap kompetitif. Mampukah Yoon Hyun-woo membalas dendam nya?

Secara peribadi, kdrama Reborn Rich ni agak perlahan pada permulaan cerita, namun di tengah-tengah nya mula nampak jala penceritaan yang rancak menyebabkan penulis sendiri tidak sabar menunggu episod-episod seterusnya.

Rata-rata peminat turut memberi maklum balas positif mengenai kdrama ini:

“Rindu JoongKi, akhirnya berlakon semula!”

“Best gila la Reborn Rich ni, memang episod seterusnya itu dinanti-nanti!”

“Adui jalan cerita yang lain daripada yang lain!” 

Haa! Nak tahu lebih lanjut, jom ‘binge watch’ drama Reborn Rich dan korang wajib la langgan pek premium di aplikasi Viu supaya korang dapat tonton Oppa Joongki tanpa gangguan!