Home Netflix Movie Mudborn (2025) Kini Di Netflix, Seram Psikologi Taiwan Tentang Patung Bayi Tanah...

Mudborn (2025) Kini Di Netflix, Seram Psikologi Taiwan Tentang Patung Bayi Tanah Liat yang Membawa Kutukan

0

Filem seram Mudborn ini mengisahkan sepasang suami isteri yang mula mengalami kejadian aneh dan mengerikan selepas si suami membawa pulang sebuah patung bayi tanah liat yang rosak dari sebuah rumah berhantu.

Mudborn diinspirasikan daripada lagu kanak-kanak popular, “Ni Wa Wa” (Anak Patung Tanah Liat), yang mempunyai lirik tersirat yang menyeramkan. Mudborn menjanjikan seram psikologi, misteri gelap dan kepercayaan lama yang mengganggu jiwa.

Filem seram dari Taiwan ini diterajui oleh pelakon Tony Yang (pemenang Anugerah Golden Horse) dan Cecilia Choi.

SINOPSIS LENGKAP MUDBORN

Mudborn
Mudborn
Mudborn mengikuti kisah Hsu-Chuan, seorang pereka permainan realiti maya (VR), yang menemui patung bayi tanah liat yang pecah di sebuah rumah tinggal berhantu semasa proses pembangunan permainan seram baharu. Tanpa berfikir panjang, dia membawa pulang patung itu.

Tindakannya itu membawa perubahan drastik dalam kehidupan rumah tangganya apabila isterinya,
Muhua, seorang konservator artifak yang sedang hamil, menjadi taksub untuk memulihkan patung tersebut. Muhua mula mengabaikan segala-galanya demi membaiki patung itu, tanpa menyedari bahawa setiap sentuhan membangkitkan kuasa misteri dan gelap yang terikat pada objek itu.
Mudborn
Sejak patung itu berada di rumah mereka, pasangan tersebut mula dihantui oleh pelbagai kejadian aneh, bisikan halus, dan perubahan tingkah laku yang membimbangkan. Keadaan Muhua yang semakin lemah dan misteri yang menyelubungi mereka mendorong Hsu-Chuan, dalam keadaan terdesak, untuk mendapatkan bantuan seorang bomoh dan psikik bernama Ah-Sheng.
Bersama Ah-Sheng, rahsia menakutkan di sebalik patung terkutuk itu, tragedi silam, dan sumpahan lama yang berkaitan dengan dendam yang tidak berkesudahan mula terbongkar.
Mudborn
Apa sebenarnya yang terperangkap di dalam patung itu? Dan apakah harga yang perlu dibayar apabila sesuatu yang tidak sepatutnya dibawa pulang… telah pun masuk ke dalam rumah?

Filem yang telah ditayangkan di pawagam pada November 2025 ini kini boleh ditonton di Netflix bermula 9 April 2026.