Home Entertainment Kdrama Moving, 10 Kisah Cinta Kim Doo Shik & Lee Mi Hyun

Kdrama Moving, 10 Kisah Cinta Kim Doo Shik & Lee Mi Hyun

0

Dalam drama siri Moving, Kim Doo Shik (Jo In Sung) dan Lee Mi Hyun (Han Hyo Joo) merupakan ibubapa kepada Kim Bong Seok (Lee Jung Ha). Kedua mereka bekerja sebagai ejen di organisasi ANSP dan mempunyai kekuatan super.

Kim Doo Shik yang mempunyai sikap dingin dan tidak mudah terbuka kepada orang lain namun sikapnya berubah setelah bertemu dengan Lee Mi Hyun.

Ingin tahu bagaimana kisah cinta Kim Doo Shik dan Lee Mi Hyun dalam drama siri Moving? Jom kita lihat!

 

Moving

1. Lee Mi Hyun dahulunya merupakan seorang agen rahsia, namun telah dipindahkan ke bahagian pentadbiran

 

IMG 16612. Lee Mi Hyun ditugaskan oleh pegawai atasannya untuk mendekati Kim Doo Shik, seorang ejen rahsia elit

 

IMG 1658

3. Setiap kali Kim Doo Shik berada di pejabat, Lee Mi Hyun sentiasa muncul dihadapannya dan tidak pernah sekalipun terlepas dari mendekati Kim Do Shik

 

IMG 1656

4. Kim Doo Shik yang sememangnya telah sedar bahawa Lee Min Hyun sengaja mendekatinya, juga turut mendekati Lee Min Hyun dengan alasan membantunya membawa timbunan buku dan fail yang dipegang oleh Lee Min Hyun

 

IMG 1644

5. Ternyata Kim Doo Shik sudah lama mengetahui jika Lee Mi Hyun telah ditugaskan pihak atasan untuk mengintip dan mendekatinya bagi mendapatkan informasi rahsia

 

IMG 1660

6. Namun Kim Doo Shik tidak kisah malah secara terang-terangan mengakui yang dia terpesona dan jatuh cinta pada Lee Mi Hyun

 

IMG 1651

7. Sebenarnya dua tahun yang lalu, mereka berdua pernah terlibat dengan operasi burung camar. Sejak itu Kim Doo Shik sudah jatuh hati pada Lee Mi Hyun

 

IMG 1659

8. Tidak mengambil masa lama, kedua mereka semakin rapat, kerap meluangkan masa bersama dan lebih terbuka sehingga mengungkapkan rahsia masing-masing

 

IMG 1648

9. Bibit-bibit percintaan mereka sudah tersemai, Lee Mi Hyun setia menunggu Kim Doo Shik yang tiba-tiba menghilang tanpa khabar kerana sedang menjalani misi rahsia

 

IMG 1650

10. Kim Do Shik berdepan dengan masalah setelah kembali dari misi dan dirinya kini dalam keadaan bahaya. Walaupun demikian, Kim Doo Shik tetap menemui Lee Mi Hyun

Di episode 8 dan 9 ternyata dikhaskan mengisahkan awal pertemuan kedua ibubapa Kim Bong Seok. Namun sehingga kini, tiada siapa tahu keberadaan Kim Doo Shik.

Adakah Kim Doo Shik masih hidup dan kembali bertemu dengan keluarganya?

Jangan lupa saksikan episod seterusnya minggu ini, untuk mengetahui lanjutan kisah cinta Kim Doo Shik dan Lee Mi Hyun dalam drama siri Moving yang anda boleh tonton di Disney+ ya!

Baca lagi: Poster Romantik Terbaru “Moving”, Jo In Sung dan Han Hyo Joo
Baca juga: Mengapa Perlu Tonton Kdrama Moving? Kisah Pemburuan Manusia Super oleh Pembunuh Kejam