Home News Minta Anak Buat Loan RM200,000 Untuk Renovate Rumah, Selepas Terima Notis Bankrap...

Minta Anak Buat Loan RM200,000 Untuk Renovate Rumah, Selepas Terima Notis Bankrap Tak Sangka Ini Respon Ibu Bapanya

0

Seorang lelaki berkongsi nasib sedihnya menerima notis kebankrapan dari pihak mahkamah selepas gagal untuk membayar pinjaman bank bernilai RM200,000.

Menerusi perkongsiannya di aplikasi Facebook Muflis Bankrupt di Malaysia, lelaki berkenaan mendedahkan bahawa pinjaman yang dibuatnya itu merupakan permintaan daripada ibubapany yang ingin mengubah suai rumah mereka.

Difahamkan, permintaan ibu bapanya dibuat disebabkan lelaki ini bekerja dalam sektor kerajaan. Tidak pasti apa proses yang perlu dihadapinya, lelaki berkenaan meminta pandangan warganet di laman Facebook berkenaan.

Baca lagi: Rumah Disewa Dipenuhi Dengan Monyet, Lelaki Ini Rasa Teraniaya Dgn Keadaan Rumah

Baca lagi: Lori ‘Panjat’ Dua Kereta Berpunca Dari Kereta Berhenti Mengejut Tarik Perhatian Netizen

Screenshot 2023 08 10 102436

Lihat juga video dibawah:

“Maaf tumpang tanya, saya baru sahaja dapat mesej yang mengatakan notis kebankrapan ke atas saya telah difailkan di mahkamah. Loan bank sebanyak RM200,000”
“Buat pinjaman pun sebab ibu bapa yang suruh untuk diorang buat rumah sebab saya seorang je anak yang kerja kerajaan, tapi sekarang saya yang terbeban nak bayar”

Lelaki ini juga meminta pendapat orang ramai, apa akan terjadi jika beliau di isytihar muflis.

Screenshot 2023 08 10 102455

Dalam pada itu, pemuda berkenaan mendedahkan bahawa ibubapanya mengetahui mengenai masalah yang dihadapinya ini, namun alangkah terkejutnya apabila dia diminta selesaikan pinjamannya itu kerana itu sudah menjadi tugasnya sebagai seorang anak.

Bukan itu sahaja, pemuda berkenaan turut mendedahkan ibu bapanya juga mengatakan bahawa itu sebagai cara untuknya membalas jasa mereka yang telah menjaganya ketika kecil.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang