Home News Menangi Sebahagian Wang Tunai RM10,000? Caranya Sangat Senang?

Menangi Sebahagian Wang Tunai RM10,000? Caranya Sangat Senang?

0

Rebut peluang menangi sebahagian daripada wang tunai RM10,000 dan menyanyi satu pentas dengan artis Suria Duo X menerusi peraduan Suria Duo X.

Buat peminat Siti Sarah, Syamel, Ara Johari, Azlan & The Typewriter, Ezad Lazim dan Aina Abdul yang gemar menyanyi dan berkaraoke, ini adalah peluang terbaik anda untuk menangi wang tunai dan peluang berduet dengan artis kegemaran anda di atas pentas finale Suria Duo X pada 9 Oktober ini.

Bagaimana caranya? Saksikan persembahan Suria Duo X setiap minggu di Facebook Suria FM dan Youtube Suria TV. ‘Cover’ dan rekod salah satu lagu Suria Duo X yang tersenarai di laman web suria.my.

Kemudian, muat naik video tersebut di akaun Instagram anda. Peserta perlu meletakkan tag @suriamalaysia dan #suriamalaysia #SuriaDuoX dan #namakumpulanpilihan di ruangan caption. Nama kumpulan akan dipaparkan ketika persembahan mingguan.

pp

Persembahan minggu pertama Suria Duo X pada Jumaat lepas telah menyaksikan gabungan penyanyi hebat Syamel dan Siti Sarah yang membawakan lagu duet Romancinta. Sebelum membawakan lagu duet, Syamel dan Siti Sarah mempersembahkan lagu popular pasangan duet masing-masing.

“Sebenarnya lagu Semakin ini agak susah untuk saya bawakan kerana lagu ini dah sinonim dengan kehebatan suara Siti Sarah. Saya tidak boleh mengubah banyak susunan muziknya lagu Semakin ini. Jadi, saya cuba untuk bawakan lagu ini menggunakan kekuatan suara saya dan diharapkan pendengar boleh menerima lagu Semakin versi Syamel dalam program Suria Duo X ini,” kata Syamel.

ppp

Siti Sarah pula pada awalnya merasakan satu cabaran menyanyikan lagu daripada penyanyi lelaki, namun dengan kehebaran suara dan gayanya yang tersendiri, Siti Sarah langsung tidak kelihatan kekok ketika membawakan lagu popular Syamel iaitu Hidup Dalam Mati.

Bagaimana pula persembahan daripada artis kumpulan minggu ini yang terkenal dengan kepaduan suara mereka, Ezad Lazim dan Aina Abdul?

Jangan ketinggalan menyaksikan persembahan mereka secara langsung di Facebook Suria FM dan Youtube Suria TV pada 18 September ini, jam 9.00 malam.

ll

Suria Duo X merupakan sebuah program digital yang menggabungkan penyanyi lama dan penyanyi baru seperti Aina Abdul, Siti Sarah, Ezad Lazim, Ara Johari, Azlan & The Typewriter dan Syamel di atas satu pentas di mana mereka akan menyanyikan lagu popular pasangan masing-masing dan lagu duet yang diubah gubahan muziknya.

oiu

Untuk maklumat lanjut, layari laman web suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: FB Suria Malaysia