Home New Post Memuat Naik Video Tidak Senonoh, sekali Ustazah Asma Harun ‘Sound’ Pasangan Artis

Memuat Naik Video Tidak Senonoh, sekali Ustazah Asma Harun ‘Sound’ Pasangan Artis

0

Ustazah Asma Harun merupakan seorang ustazah selebriti yang menyampaikan dakwah di platform-platform seperti Tiktok, Instagram dan sebagainya.

Baca lagi: 9 Filem Seram Indonesia Tentang Akibat Langgar Pantang Larang

Baca lagi: Tiada ‘Teman Lelaki’ Sehingga Tamat Belajar, Reaksi Bapa Buat Perjanjian Untuk Anak Perempuan Tarik Perhatian Ramai

Baru-baru ini tular mengenai pasangan selebriti Fasha Sandha dan suami yang telah memuat naik klip video yang agak tidak enak dilihat di media sosial. Namun seorang individu telah bertanyakan mengenai tindakan pasangan selebriti tersebut kepada Ustazah Asma Harun semasa berada di sebuah ceramah yang telah disampaikan olehnya.

Ustazah Asma Harun yang mengatakan bahawa beliau bukan terkejut dengan kenyataan yang diberikan oleh pasangan selebriti tersebut, namun, beliau terkejut dengan tindakan segelintir pihak yang menyokong tindakan yang dilakukan oleh kedua pasangan suami dan isteri tersebut di media sosial.

“Saya tidak terkejut dengan jawapan artis tersebut, tetapi saya terkejut dengan netizen yang menyokong kegiatan tersebut. Ada yang mengatakan ianya halal kerana mereka merupakan pasangan suami isteri…” – Ustazah Asma Harun

“Saya sudah penat menasihati artis, saya selalu DM mereka…” – Katanya

Beliau berkata apabila ada segelintir pihak yang menegur bahawa pendakwah-pendakwah telah membuka aib artis dan tidak menegurnya secara privasi. Beliau turut berkata bahawa perkara yang dilakukan oleh artis tersebut merupakan ‘soft porn’ dan kelucahan kecil ini lah menjadi permulaan kepada kelucahan besar.

“Jangan lupa bahawa kelucahan besar berpunca daripada kelucahan kecil ini…” – Katanya lagi

Lihat klip video di bawah:

@acapyusof.official Sound direct – Ustazah Asma Harun #teguran #artis #suamiistri #bercium #ustazahasmaharun #pesanan #dakwah #fyp #fypシ ♬ bunyi asal – Acap | Official.Shop

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.