Di sebuah kafe, terduduk seorang lelaki yang menggigil ketakutan dan asyik tenung jam yang berdetik di telefonnya.

Sampai masa, muncul tiga makhluk besar yang entah dari mana datang mengejar, mengheret, belasah dan mengoyak tubuh lelaki tadi sebelum membakarnya hidup-hidup, tidak tinggal apa-apa kecuali abu dan cebisan mayat hangus. Kemudian menghilang, semacam melangkah ke portal lain.

FEl41jHWQAsaGgP
Kredit foto: Netflix

Semuanya berlaku secara tiba-tiba dan orang ramai tak boleh nak ‘otak’ tetapi sempat keluarkan phone masing-masing untuk tularkan kejadian ngeri itu. Memang kecoh satu bandar masa tu.

Itulah pengenalan sebuah dunia baru di mana kononnya ‘malaikat maut’ memberi amaran kepada manusia pendosa tentang waktu kematian dan nasib mereka sebelum tiga monster tadi datang dan heret mereka ke neraka.

Pengasas Kultus ‘New Truth’

Cerita ini menggambarkan bagaimana betapa cepatnya informasi tak tepat boleh tersebar di internet untuk memanipulasi orang, serta media yang brainwashed orang untuk percaya apa yang dia nak percaya.

New Truth, sebuah ajaran baru dibentuk dan diasaskan oleh pemimpin berkarisma bernama Jung Jinsu (Yoo Ah In). Dialah mula-mula yang suntik doktrin dalam benak masyarakat untuk percaya yang fenomena itu adalah hukuman kepada pendosa.

FEl41i8XMAIjZn5
Kredit foto: Netflix

Senang cerita, kau buat dosa, kau mati tragis begitu. Orang ramai pun terima saja buta-buta ajaran itu tanpa persoalkan apa-apa sebab takut mati dan akibatnya bila jadi minoriti. Dalam cerita itu, orang yang ada berbeza pendapat bukan setakat dikecam-kecam sampai lebam di online, silap-silap nyawa jadi taruhan.

Arrowhead Kepala Lembu

Kumpulan pentaksub ajaran ni pula dipanggil Arrowhead, terdiri daripada anak-anak muda yang berdarah panas menggelegak. Siapa nak lawan atau mempertikaikan ajaran baru tu, geng itu pergi belasah sampai lunyai atau hilang nyawa.

Geng ini juga seronok cari aib dan sebarkan dosa orang di online, macam lah diaorang tu tiada dosa langsung dan dah dapat tiket kelas pertama terbang ke syurga.

largephoto1391757
Kredit foto: Netflix

Antara musuh mereka adalah seorang peguam bernama Min Hye Jin yang musykil dan menyiasat kegiatan kumpulan ajaran baru ni. Selepas menderita angkara geng Arrowhead, peguam wanita tu akan jadi badass dan pandai bertarung hujung-hujung cerita nanti.

Hellbound TV Series 211324548 large
Kredit foto: Netflix

Apa Sebenarnya Makhluk Itu?

Sejujurnya saya pun rasa bosan semasa episod awal-awal, memang tipikal cerita Korea agaknya jenis slow mula-mula.

Sehinggalah ke episod 3, kisah Park Jungja barulah thrill itu bermula. Pengasas kultus ini juga ada rahsia gelap yang saya tak boleh cerita detail sebab tak nak artikel ini jadi novel yang menyedihkan.

20211121000049 0 20211121103201273
Kredit foto: Netflix

Penamatnya agak menyayat hati dan tak tahulah apa masalah cerita-cerita Korea ni yang suka tinggalkan tanda tanya, bukan noktah. Banyak persoalan daripada jawapan, antaranya dari mana sebenarnya asal usul makhluk yang ditakuti ramai itu? Kenapa Park Jungja hidup balik?

Ya, begitulah bagaimana siri Hellbound ini seksa penonton dengan penantian MUSIM KEDUA.

Previous article“Itu Hantu Ke?” Netizen Nyaris Sakit Jantung Tengok Gambar Rancangan ‘I Live Alone’ Ini
Next article“Saya Berdebar Nak Kongsi Berita Ini.”- Park Shin Hye Hamil Dan Nak Kahwin