Home K - Pop “Macam Mana Nak Berlakon Watak ‘Intim?’-Hwang In Youp Kongsi Rahsia Minta Nasihat...

“Macam Mana Nak Berlakon Watak ‘Intim?’-Hwang In Youp Kongsi Rahsia Minta Nasihat Daripada Ji Chang Wook

0

Dia telah bertanya kepada yang pakar!

Aktor professional turut berdebar apabila berdepan dengan lakonan babak intim atau romantik.

unnamed 1 4

Pelakon, Hwang In Youp telah meminta nasihat daripada pelakon senior, Ji Chang Wook untuk melakonkan adegan romantik di dalam filem.

Rancangan hiburan terbaru TVING, Youth MT ( Young Actors’ Retreat) telah bersiaran sebanyak dua episod dan dua pelakon itu telah bertanya khabar dan berbual ketika dalam perjalanan ke “base camp” ketika episod kedua.

unnamed 8

“Ahli kumpulan setiap drama akan bercampur, bermain beberapa permainan MT, melancong bersama, di sini mereka membina persahabatan dan mencipta memori indah” – Diskripsi rancangan tersebut di Wikipedia

Ji Chang Wook telah bertanya kan watak Hwang In Youp dalam drama terbaru lakonan nya, Why Her? dan itu adalah pertama kali In Youp memegang watak utama lelaki.

Screenshot 2022 09 12 at 4.39.40 PM

Ji Chang Wook: Macam mana drama ni, In Youp?

Hwang In Youp: Drama?

Ji Chang Wook: Ya

Hwang In Youp telah menjelaskan bahawa dia seringkali memegang watak sebagai remaja selain daripada mendapat watak lebih daripada 30-an, dan ini adalah pertama kali dia berlakon sebagai watak utama. Dia telah melakukan banyak kajian sebelum melakonkan watak tersebut dan banyak jawapan berkait dengan Ji Chang Wook.

“Ini adalah pertama kali saya melakonkan watak sebagai orang dewasa. Dan juga pertama kali melakonkan watak dalam drama romantik. Jadi, terdapat beberapa babak intim, saya telah melakukan kajian untuk watak tersebut dan carian saya membawa kepada penemuan nama awak” – Hwang In Youp

Mereka berdua pernah melakonkan drama bersiri Netflix, Sound of Magic, Hwang In Youp telah mengambil keputusan untuk berguru dengan pakar iaitu Ji Chang Wook!

Screenshot 2022 09 12 at 4.39.47 PM

Hwang In Youp: Saya telah menelefon dia

Ji Chang Wook: Ya, dia menelefon saya

Hwang In Youp tidak merahsiakan perkara ini. Dia turut berkongsi dengan pelakon drama Why Her? iaitu Seo Hyun Jin, memandangkan ini ialah pertama kali, jadi dia telah berguru dengan Ji Chang Wook. Ji Chang Wook terkejut dan sedikit malu.

Hwang In Youp: Saya bagitau Seo Hyun Jin, saya ada meminta nasihat daripada awak

Ji Chang Wook: Kenapa awak cakap begitu?

Hwang In Youp: Saya bagitahu dia, dan dia gelak

Ji Chang Wook: Alamak! Saya malu!!!

Tak perlu malu la Oppa Ji Chang Wook! Semua tahu yang awak memang pakar ciuman dalam semua siri k-drama yang dilakonkan oleh nya!

Hwang In pun walaupun pertama kali, tetapi nampak tidak kekok!!!

Sumber: KoreaBoo

Baca artikel terdahulu: “Kemain Jauh Beza Umur”- Aktor Veteran, Choi Sung Kook, Dedah Jarak Usia Dia & Kekasih