Home Entertainment Luhan Melamar Guan Xiaotong Dengan Hadiah Bernilai RM61.7 Juta?

Luhan Melamar Guan Xiaotong Dengan Hadiah Bernilai RM61.7 Juta?

0

Tahniah kepada pasangan ini!

Luhan dan Guan Xiaotong dilaporkan telah mendaftarkan perkahwinan mereka selepas lima tahun bercinta.

Menurut laporan dari media Taiwan ET Today melalui Sports Seoul, Luhan dan Guan Xiaotong telah mendaftarkan perkahwinan mereka, bermakna mereka kini sah menjadi pasangan suami isteri.

j2lQVY8blbdD N7iwZ0cMBcPhc4gvEv0QYBEJeX2mcRVEKhgFtNMuz0dqpULExmDuQZnqK2fI73yFyI0Pm h3 5Xc53N8K245IKjOQRWoSe8QhI=w780 nu rj l80 e365

Walaupun kedua-duanya telah mendaftarkan perkahwinan mereka, mereka akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 2023 berikutan pandemik COVID-19 yang berterusan di China.

Dilaporkan juga, bahawa Luhan telah membeli sebuah rumah mewah di Beijing sebagai rumah mereka dan melamar Guan Xiaotong dengan hadiah bernilai lebih 13 juta USD (RM 61.7 juta).

Untuk pengetahuan, Luhan memulakan kerjaya sebagai ahli EXO pada 2012 sehingga 2014, di mana dia kemudian memfailkan tuntutan mahkamah terhadap SM Entertainment untuk menamatkan kontraknya.

Luhan is second to quit K-pop band, EXO, Entertainment News - AsiaOne

Sejak itu, dia telah bergerak solo dan memulakan aktivitinya di China dan telah menjadi salah seorang pemain solo paling popular di negara itu.

Guan Xiaotong pula telah memulakan kerjayanya pada tahun 2003 sebagai pelakon kanak-kanak dan, dan popularitinya meningkat naik selepas dia berlakon dalam drama 2016, To Be A Better Man.

Baca lagi: “Kim Sae Ron Dah Jadi Pelakon Hampir 20 Tahun, Mustahil Dia Jatuh Miskin” K-Netizen Tak Makan Simpati

Baca lagi: ” Bila Jumpa Dia Je…Semua Perangai Macam ARMY “- Song Ji Hyo Pun Dah Macam ARMY

Sumber: [1]