Home Entertainment Liz IVE Naik Berat Badan, Tetapi Dia Tidak Dikritik Oleh Netizen Disebabkan...

Liz IVE Naik Berat Badan, Tetapi Dia Tidak Dikritik Oleh Netizen Disebabkan Perkara Ini?

0

Netizen dan peminat berkata Liz IVE kelihatan comel selepas berat badan bertambah

Selepas menamatkan promosi ‘LOVE DIVE,’ IVE memilih untuk berehat seketika. Baru-baru ini, kumpulan gadis itu memberikan update kepada peminat melalui Vlog dan video tersebut telah mendapat perhatian ramai kerana semua ahli kelihatan sihat dan gembira.

Khususnya, Liz mendapat perhatian peminatnya kerana dia memancarkan suasana yang berbeza. Di dalam video VLOG itu, ahli IVE sedang berada di asrama mereka sambil mengemas beg mereka sebelum berangkat ke Frankfurt, Jerman.

1655231555 ive on kpop

Mereka bersembang antara mereka dan berkongsi bersama peminat apa yang mereka sedang lakukan.

Semasa mereka bersembang, Liz telah mendapat perhatian daripada penonton kerana visualnya yang comel. Kerana pipinya yang kelihatan lebih berisi daripada sebelumnya, peminat percaya bahawa berat badan Liz bertambah.

1655231560 ive on kpop

1655231563 ive on kpop

Selepas melihat wajah baharu Liz, ramai peminat dan netizen geram melihat pipinya dan memberinya nickname ‘chipmunk yang comel’.

Netizen memuji Liz, mengatakan dia kelihatan lebih comel dan lebih cantik berbanding ketika dia baru sahaja debut.

Netizen memberi komen, “Dia masih bayi,” “Pipinya sangat comel,” “Jangan turunkan berat badan, anda kelihatan sangat comel dengan cara anda,”

Sumber: [1]