SEBUT sahaja BLACKPINK, pastinya ramai dapat membayangkan kumpulan yang dianggotai empat gadis jelita yang menjadi fenomena dalam dunia K-pop ketika ini.

Kumpulan yang dianggotai Lisa, Jennie, Jisoo dan Rose ini begitu popular sehingga ramai yang tergila-gilakan mereka.

19

Namun, satu ahli kumpulan K-pop ini sering mendapat perhatian netizen — Lisa, satu-satunya ahli yang berasal dari Thailand.

Lihat sahaja pengikutnya di akaun Instagram. Seusia 23 tahun, Lisa merupakan artis K-pop yang mempunyai pengikut paling ramai di Instagram iaitu seramai 28.5 juta, sekali gus mengalahkan jumlah pengikut bagi akaun BTS atau Bangtan Boys.

20

Baru-baru ini, media Thailand, Thairath mendedahkan jumlah bayaran yang diperlukan jika ingin membawa Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manoban bagi menghadiri acara atau ingin menjadikannya sebagai bintang iklan.

Bagaimanapun, sumber maklumat tersebut tidak didedahkan portal tersebut.

Berikut merupakan bayaran yang diterima oleh Lisa:

5 juta baht (RM671,000) untuk penampilan dua jam bagi satu acara

10 juta baht (RM1.34 juta) untuk penampilan dalam drama

15 juta baht (RM2 juta) untuk penampilan dalam filem

20 juta baht (RM2.7 juta) untuk pengiklanan produk

21

Namun, jika benar, tidak hairanlah kerana wanita yang dikenali oleh seluruh dunia itu pastinya mempunyai nilai yang tinggi di pasaran industri hiburan.

Apa kata anda? Dah baca, jangan lupa like share dan komen ya! Terima kasih

Sumber: Astro Awani

 

Previous articleChen EXO Bakal Tamatkan Zaman Bujang Dengan Tunangnya Yang Kini Hamil
Next articleHan-Byul Beri salam kerana rasa hormat