Connect with us

Fashion

Lisa BLACKPINK Jadi Juri Untuk Anugerah Fesyen Perancis

Lisa BLACKPINK dilaporkan akan menyertai Anugerah Fesyen ANDAM 2021 sebagai juri, bersama-sama penyanyi Cina Chris Lee dan pereka fesyen Kerby Jean-Raymond serta Phoebe Philo.

Dalam satu wawancara dengan WWD, Lisa berkongsi perasaannya untuk menyertai anugerah fesyen Perancis.

Jelasnya, beliau sangat terkejut menerima jemputan tersebut. “Saya sangat baru dalam dunia fesyen, jadi saya fikir ini mungkin merupakan pengalaman yang cukup mencabar bagi saya pada awalnya.

Tetapi pada masa yang sama, saya fikir ia akan menjadi pengalaman yang menarik dan peluang ini akan mengajar saya banyak perkara. Oleh itu, saya menerima tawaran itu.” ujar Lisa.

Lisa turut menyatakan standardnya dalam menilai peserta dengan menjelaskan “Saya akan melihat keseluruhan perkara terlebih dahulu, kemudian barulah reka bentuk. Setiap juri mempunyai kriteria tersendiri dalam penilaian.

“Sebagai penyanyi dan penghibur, saya gemarkan acara santai dan pada masa yang sama sesuai untuk ke pentas persembahan.”

Artis K-pop ini juga menceritakan sedikit tentang dirinya yang meminati fesyen sejak kecil di mana dia gemar bermain dengan pakaian dan minat itu semakin bercambah sewaktu menghadiri Minggu Fesyen Paris 2019.

 

Sumber: AllKpop

Continue Reading
Advertisement

Copyright © 2021 DaebaKing Media Sdn Bhd