Home Entertainment Leonardo Dicaprio & Gigi Hadid Digosipkan Bercinta!!!

Leonardo Dicaprio & Gigi Hadid Digosipkan Bercinta!!!

0

Baru sahaja putus cinta baru-baru ini, nampaknya Leonardo tak tunggu lama…

Khabar angin yang bertiup kencang baru-baru ini apabila Leonardo dilihat mesra dengan model terkemuka dunia, Gigi Hadid dalam sebuah majlis selepas acara pertunjukan fesyen di New York.

Dalam gambar pertama, mereka berdua dilihat sedang membicarakan sesuatu apabila Dicaprio, 47, berbisik kepada Hadid yang dilihat mendekatkan diri kepada pelakon filem Titanic itu.

gigi hadid leonardi dicaprio get to know each other763.jpg

Dalam gambar lain juga, Leonardo dilihat mengusap bahu model berusia 27 tahun itu sebelum memegang tangan Gigi.

Gigi yang baru sahaja selesai pertunjukan fesyen dilihat mengenakan baju cropped tank putih dengan seluar jeans baggy manakala Leonardo dilihat memakai topi dan berpakaian hitam.

Mereka berdua kelihatan asyik bersama dan tidak mengendahkan rakan-rakan nya yang lain walaupun mereka hadir ke situ untuk berpesta bersama rakan-rakan yang lain.

“Leo datang dengan rakan-rakan lelaki yang lain manakala Gigi dengan rakan-rakan model yang lain, mereka semua duduk di sebuah meja yang sama.” Sumber memaklumkan yang mereka turut berhibur dengan menonton persembahan daripada Diplo dan Kodak Black.

Berita itu ternyata menggempar kan semua orang kerana umum mengetahui perangai Leonardo yang suka bercinta dengan wanita berusia 25 tahun ke bawah.

Ketika Julai lalu, bintang filem “Wolf of Wall Street” itu dikatakan menaruh minat kepada Hadid selepas mereka dilihat meluangkan masa bersama di sebuah kelab malam yang hanya menghimpunkan kenalan sahaja di NYC.

Selepas itu, terdapat juga khabar angin yang mereka keluar bersama sejurus bertemu di kelab malam itu sebaik sahaja Leonardo berpisah daripada bekas teman wanitanya yang juga seorang model, Camila Morone.

camila morrone leonardo dicaprio389.jpg 1 scaled

Mereka telah berpisah setelah 4 tahun bersama, iaitu ketika majlis sambutan harijadi Camila, ketika dia berusia 25 tahun.

Walaupun tidak mengetahui sebab yang jelas kepada perpisahan itu, Leonardo telah menjadi bahan lawak netizen di internet apabila mereka berseloroh yang sebaik sahaja wanita itu berusia 25 tahun, Leonardo sudah jemu.

Bagaimanapun, hubungan nya dengan Gigi Hadid ini menimbulkan kejutan kerana Gigi sudah pun lebih usia 25 tahun dan merupakan ibu kepada seorang anak perempuan, Khai, yang merupakan anak bersama bekas teman lelakinya, Zayn Malik.

Sumber: Page Six

Baca artikel terdahulu: Pegang Watak Dalam Confidential Assignment 2, Big Mouth… Yoona Jadi Ahli Girls Generation Terkaya?