Home News Lelaki Tak Sangka Beli Tali Jam Di Pasar Karat, Rupanya Emas Tulen

Lelaki Tak Sangka Beli Tali Jam Di Pasar Karat, Rupanya Emas Tulen

0

Ibarat rezeki terpijak, itu nasib dialami seorang lelaki apabila mendapati tali jam yang dibeli di sebuah pasar karat rupanya bernilai tinggi. Ini kerana tali jam terpakai itu didakwa diperbuah daripada emas 999 dan beratnya mencecah lebih 28.6 gram.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, lelaki itu mendakwa emas yang terdapat pada tali jam itu adalah tulen selepas menjalani beberapa ujian.

“Rezeki terpijak beli tali jam dekat pasar karat test ‘uji’ dekat rumah rupanya emas 999”
“Mula-mula timbang 41.44 gram lepas buang besoi pendakap dapat 28.6 gram, Alhamdulillah”

Baca lagi: Ulat Emas Atau Lulut Emas Di Perkarangan Rumah, Ramai Yang Pertama Kali Tengok

Baca lagi: Temani Anak Murid OKU Berlari Hingga Ke Penamat, Situasi Ini Buat Ramai Yang Sebak

Screenshot 2023 08 25 160024

Lihat juga video dibawah:

Pada hantaran sama, lelaki berkenaan turut berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan tali jam serta ketulenan emas yang telah dilakukan bagi membuktikan emas itu tulen.

Bagaimanapun lelaki tersebut tidak menyatakan lokasi pasar karat tersebut dan tarikh dia membeli tali jam itu.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna teruja dengan rezeki yang diperolehi lelaki tersebut dan masing-masing ingin mencuba nasib sama di pasar karat.

Screenshot 2023 08 25 160044

“Macam menang ‘jackpot’ kalau dapat emas macam ni, lepas ini boleh lah rajin-rajin turun pasar karat, mana tahu dapat rezeki terpijak juga”

Bagaimanapun ada juga pengguna turut menyoalkan emas yang terdapat pada tali jam itu seperti komen dari pengguna yang dikenali sebagai Mohd Sani Soid.

“Mana ada emas 999 orang buat tali jam, tapi kalau betul memang ‘rare’ laa”

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang