Meskipun terkenal sebagai negara maju dan sibuk, ibu kota di Jepun mungkin juga adalah tempat yang sunyi, kurang ramah dan menggentarkan warganya.

Di sini lah peluang bisnes yang dilihat oleh Shoji Morimoto bagi membantu menyelesaikan masalah orang yang kesepian iaitu – menawarkan servis menyewakan dirinya untuk tidak berbuat apa-apa. Tugasnya hanya berada di sisi mereka, dengar cerita, luahan dan berjalan sama-sama.

2 6

Kliennya terdiri daripada insan yang tidak mahu bersendirian dan perlukan teman. Antaranya pengalamannya adalah:

●Dengar seorang lelaki cerita pasal hobinya selama 3 jam.
●Teman seseorang ke majlis kahwin
●Teman wanita yang kesunyian memfailkan cerai
●Teman seorang lelaki yang didakwa di mahkamah dan rasa tiada siapa-siapa di sisi.

1 2 1

Pada mulanya Shoji tak caj apa-apa untuk servisnya, klien cuma perlu bayar kos makan minum dan pengangkutannya sahaja. Namun kliennya tetap bertegas untuk bayar lebih atas masa yang diluangkannya. Akhirnya Shoji caj 10,000 yen (sekitar RM 338) untuk setiap sesi.

“Adakah anda sukar masuk ke dalam kedai sorang-sorang?” Adakah perlukan seseorang untuk jaga tempat untuk anda? Saya tak boleh buat apa-apa kecuali benda senang.” demikianlah lelaki Jepun itu promote dirinya di Twitter.

Kenapa dia pilih kerjaya ini

Walaupun kerjanya tak buat apa-apa, Shoji sebenarnya bukan pemalas. Bekelulusan ijazah fizik sehingga peringkat pascasiswazah di Universiti Osaka, dia sudah terlalu lama mencuba dan berusaha bina kerjaya stabil.

Setelah sering dianggap kurang berusaha, kurang inisiatif dan sebagainya, akhirnya dia tersedar yang tak buat apa-apa pun satu skil juga.

“Saya selalu diberitahu yang saya ni tak cukup bagus, tak buat apa-apa… Perkara ini mengganggu fikiran saya. Jadi saya ambil peluang ni jadi bisnes.” – Shoji.

3 6

Kerjaya ini juga sesuai dengan personaliti dirinya yang pendiam dan introvert. Dia dibayar untuk menemani dan mendengar luahan orang asing. Dari mendengar itu, dia boleh belajar banyak perkara dan dapat pengajaran hidup.

Apa yang menarik, kisah dan pengalamannya yang diuntaikan di Twitter diangkat ke format buku dan drama TV.

ll

Umum mengetahui Jepun dan Korea Selatan banyak menyediakan khidmat sewa orang seperti ini. Ramai yang sanggup mengupah orang luar untuk dibawa ke majlis-majlis sosial atau berlakon jadi kawan. Malah ada juga orang yang beranggapan dirinya hodoh menyewakan diri sendiri bagi membuatkan klien nampak hensem bila dibuat perbandingan.

Sumber: [1]

Previous articleKim Sejeong Cerita Dulu Hidupnya Susah, Pernah Dapat Bantuan Kebajikan
Next articleBerjaya Debut Di Bawah Naungan YG, Netizen Terkejut Dengan Identiti Sebenar ‘Gadis’ Ini