Home Entertainment Lee Mi Joo Tidak Sengaja Meluahkan Perasaannya Terhadap Lee Yi Kyung Di...

Lee Mi Joo Tidak Sengaja Meluahkan Perasaannya Terhadap Lee Yi Kyung Di Sebuah Rancangan YouTube?

0

Dalam episod terbaru rancangan bual bicara YouTube Jo Hyun Ah, ‘Every Day is Thursday Night,’ Lee Yi Kyung muncul sebagai tetamu istimewa dan diberi peluang untuk menjelaskan hubungannya dengan Lee Mi Joo.

Screenshot 2023 03 26 145429

Pada hari itu, Jo Hyun Ah memberitahu Lee Yi Kyung, “Saya akan memberi awak peluang untuk menjelaskan diri awak. Mi Joo datang ke rancangan ini dan bercakap tentang hubungan dengan awak…”

Dalam episod sebelumnya, Lee Mi Joo muncul di ‘Every Day is Thursday Night’ dan mengaku tentang perasaannya terhadap Lee Yi Kyung.

Lee Yi Kyung kemudian menjawab, “Bukankah lebih baik jika Mi Joo, yang tidak berada di hadapan kamera menerangkannya daripada saya?”

1679696248 image

Jadi Jo Hyun Ah terus membuat panggilan telefon kepada Mi Joo. Jo Hyun Ah berkata dia akan berpura-pura bahawa Lee Yi Kyung tiada di sebelahnya supaya Lee Mi Joo boleh lebih jujur.

Selepas menelefon Lee Mi Joo, Jo Hyun Ah berkata, “Tiada sesiapa di sebelah saya sekarang. Jadi jujurlah. Saya rasa Lee Yi Kyung sukakan awak.”

Sebagai tindak balas, Lee Mi Joo berkongsi, “Dia seorang oppa (abang) yang sangat baik.” Jo Hyun Ah kemudiannya bertanya secara terbuka, “Bagaimana pula sebagai seorang lelaki?”

Lee Mi Joo tidak menjawab dan mendiamkan diri seketika sehingga Lee Yi Kyung memecah kesunyian dengan berkata, “Hentikan Mi Joo,” dan membuatkan semua orang ketawa. Lee Yi Kyung dan Jo Hyun Ah menganggap bahawa Lee Mi Joo sudahpun tahu situasi yang sebenar dan dengan sengaja tidak membalasnya.

1679696582 image

Tetapi Lee Mi Joo menjawab, “Saya akan benar-benar menjawab.” Sebagai tindak balas, Lee Yi Kyung berkongsi, “Saya sepatutnya berdiam diri dan hanya mendengar. Saya fikir awak dah tahu (tentang rancangannya dan Jo Hyun Ah) dan sengaja taknak jawab.”

Selepas itu, Jo Hyun Ah bertanya soalan ‘Ya atau Tidak’ kepada Lee Yi Kyung. Dia bertanya, “Ada masa awak akan terkebil-kebil kerana Mi Joo.” Lee Yi Kyung dengan jujur ​​menjawab dengan segera dan berkongsi, “Sudah tentu.”

Dia menambah, “Sudah tentu ada. Tanpa perasaan itu, bagaimana saya boleh terus melakukan ini (hubungan lovey-dovey ketika bersiaran)?

Lee Mi Joo kemudian berkata, “Bodoh. Jangan terlalu jujur! Mari kita lakukan itu apabila kita bersama,” membuatkan semua orang ketawa.

Baca lagi: Lee Je Hoon Sanggup Menambah 20kg Berat Badan Demi Lakonan

Baca lagi: Jom Marathon 5 Kdrama Yang Telah Tamat Bulan Mac

Sumber: [1]