Home Entertainment Lee Jung Jae & Yoo Jae Suk Mengimbas Memori Masuk Khidmat Tentera...

Lee Jung Jae & Yoo Jae Suk Mengimbas Memori Masuk Khidmat Tentera Sama-sama

0

Yoo Jae Suk dan Lee Jung Jae mengenang memori sewaktu mereka sama berkhidmat dalam ketenteraan menerusi rancangan temu bual ‘You Quiz on the Block’.

fffffggg

Jae Suk yang ternampak Jung Jae pakai seluar kulit ketat terus tersenyum lebar seraya berkata, “Bintang global ni” sebelum memeluk kawan lamanya itu.

“Hai komrad.” kata Lee Jung Jae semasa balas pelukan kawan sekelasnya semasa khidmat tentera tahun 90-an dulu.

fdddd

Mereka pun merentas masa ke tahun 1994 menerusi perbualan dan buka anekdot pada tahun tersebut.

ffff

Jung Jae dan Jae Suk rupanya satu kem tentera namun bermalam di rumah dan kena pergi ke tempat kerja dengan pengangkutan.

Ceritanya, Jung Jae dulu memang sudah sedia popular pada zaman itu dengan drama lakonannya berjudul ‘Hourglass”. Pergi mana-mana orang kenal sehingga susah mereka nak naik bas pergi ke kem tentera.

Jadi kedua-duanya berkongsi satu kereta, bergilir-gilir memandu. Memandangkan Jung Jae amat popular, dia sering diajak keluar makan dan melepak malam-malam.

rrrrr

Jung Jae mengaku bahawa setiap kali gilirannya memandu kereta nak pergi ambil Jae Suk di rumah, mesti dia tak sampai-sampai dan alasan ‘on the way’ tidak boleh pakai.

Jae Suk yang tercongok tunggu pun telefon lah rumah Jung Jae untuk tanya apa kes.

“Jung Jae tidur lagi, marilah heret dia bersama kamu.” kata emak Jung Jae yang menyambut panggilan telefon tersebut.

Apa lagi Jae Suk pun pergi kejut, angkut pelakon itu ke dalam kereta, bawa ke unit serta bagi pinjam uniform tentera.

ffdd

Sumber: Insight.kor