Home Entertainment Lee Jung Jae Dibayar RM3.26 Juta Untuk Setiap Episod ‘Squid Game 2’

Lee Jung Jae Dibayar RM3.26 Juta Untuk Setiap Episod ‘Squid Game 2’

0

Menurut laporan saluran media pada 11 Oktober, bayaran pelakon Lee Jung Jae untuk setiap episod ‘Squid Game’ musim 2 Netflix dianggarkan sebanyak 1 bilion KRW (~ RM3.26 juta).

Jika musim 2 terdiri daripada 9 episod sama seperti musim 1, Lee Jung Jae boleh mengumpul sebanyak 9 bilion KRW (~ RM29.4juta) untuk penampilannya.

Squid Game Season 2: Netflix's 'Squid Game' Season 2: Everything you may  want to know - The Economic Times

Orang dalam mengatakan bahawa musim 2 ‘Squid Game’ dijangka akan memulakan penggambaran tahun depan.

Lee Jung Jae telah menandatangani untuk projek itu dengan jaminan bayaran sebanyak 1 bilion KRW (~RM3.26 juta)setiap episod, dan pengarah Hwang Dong Hyuk juga diketahui telah menerima sejumlah besar bayaran insentif untuk musim 2.

Artikel Berkaitan: “Ada watak yang menarik menanti anda”, Kdrama Penuh Fenomena,Squid Game, Bakal Kembali!

Artikel Berkaitan: “Squid Game” Musim Ke-2 Akan Dikeluarkan Pada Tahun 2024, Pengarah Hilang 6 Gigi Akibat Stress

Squid Game' actors Lee Byung Hun and Lee Jung Jae to attend the 2021 LACMA  Art+Film Gala | allkpop

Tidak termasuk gaji bintang utama seperti Lee Jung Jae dan Lee Byung Hun, bajet untuk musim 2 ‘Squid Game’ dianggarkan sekitar 100 bilion KRW (~ RM326 Juta).

Manakala ‘Squid Game’ pula diterbitkan oleh Netflix Korea dan Siren Pictures.

Sumber: [1]