Home Entertainment Kumpulan Baru Korea Utara Didakwa Memplagiat Lagu GFriend

Kumpulan Baru Korea Utara Didakwa Memplagiat Lagu GFriend

0

Baru-baru ini, penyanyi baru Korea Utara telah menjadi tumpuan dalam pelbagai komuniti dalam talian.

Video penyanyi ini membuat persembahan di acara tahun baru Korea Utara menjadi viral dalam komuniti dalam talian kerana ramai netizen menegaskan bahawa lagu itu telah menciplak sebuah lagu K-pop.

Melodi dan rentak lagu Korea Utara “Be Jealous of Us” sangat mirip dengan lagu “Fingertip” 2017 yang dikeluarkan oleh GFriend.

Terdapat pelbagai video perbandingan yang menunjukkan persamaan antara dua lagu tersebut.

Kang Dong Wan, seorang profesor di Universiti Dong-A yang dikenali sebagai pakar Korea Utara, menyiarkan dua lagu di saluran YouTubenya pada 16 Januari dan menunjukkan bahawa lagu Korea Utara seolah-olah meniru lagu “Fingertip”.

Baca lagi: “Paling Pendek Di Dalam IVE?” – Peminat Jang Wonyoung Terkejut Semasa Di Seoul Music Awards

Baca lagi: ” Dia Popular Tapi Tak Pernah Terima Daesang Award?”- Mari Kita Tengok Siapa Dia

Profesor Kang menekankan kemungkinan plagiarisme sekali lagi, mengatakan bahawa ia disahkan oleh pakar muzik bahawa kedua-dua lagu itu mempunyai komposisi nota yang sama.

Sebagai tindak balas, netizen menunjukkan pelbagai reaksi antaranya mengatakan status K-pop nampaknya turut meningkat di Korea Utara. Dan ramai yang meluahkan kebimbangan mereka kerana tiada saman plagiarisme boleh difailkan terhadap Korea Utara.

Senang buat kerja ye. Bertabahlah peminat K-Pop

Sumber: [1]