Home K - Pop Kris Wu, Bekas Anggota EXO Ditahan Di China

Kris Wu, Bekas Anggota EXO Ditahan Di China

0

Bintang pop warga Cina-Kanada, Kris Wu, bekas anggota kumpulan EXO, telah ditangkap secara rasmi di China kerana disyaki merogol, lapor agensi berita Korea, Yonhap.

Pejabat pendakwa raya di wilayah Chaoyang, Beijing pada hari Isnin mengatakan bahawa penangkapan Kris Wu atau nama penuhnya Wu Yi Fan, telah dipersetujui secara rasmi.

Bagaimanapun, pejabat berkenaan tidak memberikan maklumat lanjut mengenai tuduhannya.

Lifestyle kris wu instagram pic 190721

Penangkapan ke atas penyanyi berusia 30 tahun itu susulan daripada pihak polis Beijing menemui bukti setelah meneliti tuduhan yang dia menggoda dan menjalani hubungan intim dengan remaja perempuan beberapa kali.

Dengan adanya bukti tersebut, suspek kemungkinan akan didakwa atas kes jenayah dan dihukum penjara di bawah sistem undang-undang China.

Sumber: Yonhap